Dakwa dibina oleh Alien - Kerajaan Mesir Jemput Elon Musk Datang Untuk Melihat Sendiri Piramid Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Lifestyle

Dakwa dibina oleh Alien – Kerajaan Mesir Jemput Elon Musk Datang Untuk Melihat Sendiri Piramid

Share

Jumaat lalu, CEO Tesla, Elon Musk membuat kenyataan kontroversi melalui ciapan di akaun Twitter beliau dengan berkata “Jelas sekali alien yang membina Piramid.” Teori merepek tersebut bukanlah yang pertama. Sebelum ini, beberapa pihak mengatakan yang makhluk asing telah melawat bumi satu ketika dahulu dan membina antara monumen keajaiban dunia tersebut. 

Kenyataan tersebut dibalas oleh Menteri Kerjasama Antarabangsa Mesir, Rania al-Mashat “Saya mengikuti dan mengagumi hasil kerja anda. Saya ingin menjemput anda dan pasukan Space X untuk meneroka tentang tulisan-tulisan mengenai bagaimana Piramid dibina, di samping melihat makam-makam mereka yang bertungkus lumus membina Piramid. Kami menantikan kedatangan anda, Encik Musk.” 

Ciapan Musk turut mendapat perhatian ahli arkeologi Mesir, Zahi Hawass yang berkata hujah yang diberikan adalah “sangat mengarut”, melalui temubual dengan stesen berita BBC.

“Saya menjumpai makam para pembina Piramid yang secara jelas membuktikan rakyat Mesir yang membina Piramid. Mereka juga bukanlah hamba abdi seperti yang didakwa sesetengah pihak,” kata Hawass kepada portal EgyptToday.

Piramid Giza merupakan antara Tujuh Keajaiban Dunia. Berdiri setinggi 137 meter, monumen bersejarah ini masih gagah berdiri di bumi Mesir sehingga ke hari ini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!