Takut Botol Diisi Air Merah, Dari Mana Datangnya Petua Halau Kucing Dengan Cara Ini? );

Type to search

Takut Botol Diisi Air Merah, Dari Mana Datangnya Petua Halau Kucing Dengan Cara Ini?

Adamedia Infotainmen

Takut Botol Diisi Air Merah, Dari Mana Datangnya Petua Halau Kucing Dengan Cara Ini?

Avatar
Share
air

Jika anda perasan, pasti akan ada botol air berwarna merah diletakkan di keliling rumah jiran anda. Apabila ditanya, jawapan yang biasa didegari iaitu untuk menghalau kucing.

Bukan semua orang sukakan kucing seperti mana kita sukakan kucing. Ada juga kucing yang suka memancut dan berak merata-rata menyebabkan ketidakselesaan kepada tuan rumah.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Pelbagai cara dilakukan untuk menghalau kucing dan salah satunya dengan meletakkan botol berisi air warna merah, lebih kurang macam sirap.

Tetapi tahukah anda, dari mana asalnya petua begini ?

air

Sebenarnya, petua ini asalnya dari Jepun, tetapi mereka hanya mengunakkan air kosong sahaja. Orang Jepun percaya bahawa kucing akan takut dengan pantulan yang datang dari botol tersebut.

Oleh disebabkan itu, kucing tidak akan masuk ke kawasan mereka.

Ada juga pihak lain yang berpendapat bahawa kucing takut pada air. Disebabkan itu kucing tidak berani untuk mendekati kawasan yang mempunyai botol.

Apa yang lebih menarik, ada mitos mengatakan bahawa air botol yang berwarna mampu menghasikan daya magnetik dan ia menyebabkan kucing tidak akan hadir ke kawasan tersebut.

Di Jepun, petua ini dikenali sebagai ‘nekoyoke’ atau penghalau kucing.

air

Tetapi adakah petua mitos itu sebenarnya berkesan terhadap kucing?

Beberapa eksperimen telah dijalankan bagi menguji keberkesanan kepercayaan orang Jepun ini. Layan video di bawah;

Hah macam mana? Adakah ia berkesan untuk menghalau si Oyen atau si Hitam daripada berkeliaran di rumah anda?

Kucing sememangnya tidak takut akan botol yang berisi air berwarna merah. Kalau kucing itu sendiri mampu untuk bercakap, sudah pasti si comel ini akan ketawa melihat perbuatan manusia ini.

Jadi, cara yang paling berkesan untuk menghalau kucing adalah dengan menyembur air pada kucing yang datang atau sedang bergaduh.

Lama-kelamaan kucing itu sendiri akan faham bahawa kawasan rumah anda adalah ‘wilayah’ dilarang masuk.

Janganlah sampai tak suka kucing atau benci sehingga memukulnya dengan batang besi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!