‘DEBUcari’ - Perkhidmatan Menyewa Orang Gemuk Di Jepun );

Type to search

Adamedia Infotainmen

‘DEBUcari’ – Perkhidmatan Menyewa Orang Gemuk Di Jepun

Share
debucari

Individu yang berbadan gemuk sering dipandang rendah dan disisihkan oleh masyarakat sekeliling oleh kerana saiz mereka yang dianggap tidak normal.

Namun di Jepun, lain pula ceritanya apabila terdapat sebuah syarikat bernama DEBUcari yang menyediakan perkhidmatan orang gemuk untuk disewakan.

Terlebih dahulu, ingin penulis jelaskan di sini bahawa nama ‘DEBUcari’ berasal daripada perkataan debu , yang bermaksud lemak , dan kariru yang bermaksud sewa.

debucari

Tujuan syarikat itu ditubuhkan adalah untuk mengubah persepsi negatif orang ramai terhadap mereka yang berbadan gemuk dan di samping itu, ingin membuktikan bahawa di Jepun, golongan seperti ini adalah sangat diperlukan.

Mereka yang disewa akan bekerja di syarikat produksi yang memerlukan model bersaiz besar untuk pelakon tambahan ataupun iklan tv komersial.

debucari

Difahamkan, bayaran yang dikenakan kepada syarikat yang menyewa adalah sebanyak 2,000-yen manakala DEBUcari hanya mendapat komisen yang dirundingkan dari pelanggan korporat.

Selain itu, syarikat ini juga sedang mencari orang ‘debu’ untuk mendaftar dengan mereka di laman web rasmi mereka.

debucari

Setakat ini, mereka sudah mendaftar orang di beberapa tempat di Jepun seperti Tokyo, Osaka, Aichi dan banyak lagi pada masa akan datang.

Ianya merupakan satu perkara yang sangat baik untuk rakyat di Jepun dan mungkin pengusaha syarikat di Malaysia juga boleh mengambil idea dan konsep yang sama untuk dilakukan di sini.

Buat anda yang bersaiz besar, jangan risau …“Gemuk Is Awesome”. Kekal positif di mana pun anda berada!

 

Sumber: odditycentral

 

Baca: Pelakon Terkenal Korea Park Seo Joon Bakal Bintangi Filem Captain Marvel
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!