Taman Hidupan Liar Australia Dedah 'Trick' Untuk Timbang Anak Koala Dengan Mudah );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Taman Hidupan Liar Australia Dedah ‘Trick’ Untuk Timbang Anak Koala Dengan Mudah

Share
koala

Sekiranya anda seorang pemilik haiwan kesayangan, mungkin anda sudah menyedari mereka tidak berapa gemar untuk berjumpa dengan doktor haiwan.

Mereka cenderung untuk bergerak ketika melakukan pemeriksaan doktor, melainkan ada perkara yang mampu buat mereka terleka. Ini juga berlaku untuk jenis haiwan lain, termasuk koala.

Pengasuh di Taman Hidupan Liar Pulau Kangaroo di Duncan, Australia Selatan, baru-baru ini mendedahkan muslihat mereka pada anak koala agar ia kekal diam sewaktu proses menimbang berat badan.

Koala berpaut pada dahan pokok

koala

Foto yang comel di mymodernmet, menunjukkan koala atau dikenali sebagai joey/anak kangaroo, yang sedang melakukan proses timbangan.

Staf yang dahulu hanya meletakkannya di atas permukaan sejuk kini telah membenarkan joey berpaut pada cabang yang melekat pada timbangan. Ini menjadikan joey akan berasa lebih santai, seolah-olah dia hanya melepak di dahan pokok.

koala

Idea bernas ini sebenarnya membolehkan kakitangan taman hidupan liar membaca dengan tepat tentang berat joeys, tanpa dia memusingkan badan.

Dengan memastikan joeys menimbang dalam keadaan yang diam membolehkan doktor mengetahui perkembangannya tanpa memberi sebarang tekanan pada si haiwan.

Taman Hidupan Liar Pulau Kangaroo menjelaskan, “Penimbangan joey secara teratur, adalah penting untuk memastikan mereka tetap sihat, berat badan bertambah dan kekal begitu.”

Selain koala, binatang yang bersayap seperti burung hantu dan burung kecil juga tidak terkecuali dalam menjalani timbangan berat badan.

Comel dan lucu betul!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!