Di Klang, Selangor pihak polis bertindak menahan sepasang kekasih yang didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun sehingga meninggal dunia.
Perbuatan tersebut berjaya dihidu oleh pihak berkuasa berikutan tindakan ibunya yang membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Pasangan kekasih telah ditahan

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong pihaknya telah menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) yang mendakwa mangsa telah dibawa ke hospital dalam keadaan yang tidak sedarkan diri pada 24 Disember kira-kira jam 6.20 petang.
BACA JUGA: [VIDEO] Tular Isu Ambulans Berhenti Beri Laluan Pada Kenderaan VIP, Polis Tampil Beri Penjelasan
Pemeriksaan mendapati kanak-kanak itu sudah meninggal dunia dan pemeriksaan pada badan mendapati terdapat kesan lebam pada keseluruhan badannya.
Susulan itu, pada 25 Disember lalu (Sabtu), Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan membuat tangkapan ke atas dua individu iaitu ibu mangsa berusia 27 tahun serta seorang lelaki dipercayai teman lelaki wanita terbabit.
Kanak kanak 3 tahun mati dipercayai didera..
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) December 28, 2021
Ibu dan teman lelaki ditahan.
Mangsa didera serta dipukul dengan menggunakan kayu, tali pinggang dan penyangkut baju sehingga meninggal dunia : KPD Klang Selatan pic.twitter.com/Ma9wpcT3Ez
Terdapat kesan lebam pada keseluruhan badan
Mengulas lebih lanjut, hasil siasatan mendapati terdapat kesan lebam pada keseluruhan badan mangsa. Apa yang lebih memilukan, mangsa dipercayai telah didera serta dipukul menggunakan kayu, tali pinggang dan penyangkut baju sehingga meninggal dunia.
Kini, kedua-dua suspek telah direman selama enam hari bermula Sabtu hingga Khamis ini bagi siasatan lanjut.
Kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat untuk arahan selanjutnya.
[Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap]
Ada cerita yang menarik untuk kongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.
