DJ Snake Dilantik Duta Besar PUMA Untuk Promosikan 'Sneakers' Terbaru, Mirage );

Type to search

Adamedia Infotainmen Lifestyle

DJ Snake Dilantik Duta Besar PUMA Untuk Promosikan ‘Sneakers’ Terbaru, Mirage

Share

Syarikat sukan terkemuka iaitu PUMA telah menjalin kerjasama bersama seorang DJ Perancis yang terkenal dan juga seorang penerbit rakaman iaitu William Sami Étienne Grigahcine atau nama pentasnya DJ Snake.

Kerjasama tersebut adalah bagi memperkenalkan keluaran sneaker terbaru keluaran PUMA iaitu Mirage.

DJ Snake yang merupakan individu berpengaruh dalam industri muzik dan fesyen serta lifestyle merupakan satu gandingan yang bernas serta mampu melonjakkan pengeluaran Mirage.

DJ Snake
DJ Snake

Mirage merupakan sebuah keluaran dari arkib PUMA yang telah diperbaharui dengan perspektif ‘street style’ yang lebih menarik serta diinspirasikan dari dunia hiburan DJ dan muzik tarian elektronik (EDM).

Gaya yang dibawa oleh Mirage adalah pilihan citarasa Futro dimana ia merupakan gabungan kasut retro dengan sentuhan elemen futuristik.

Ianya menampilkan warna trippy, bahan yang menarik serta elemen futuristic yang ditonjolkan menerusi cahaya, tenaga serta suasana persembahan muzik EDM.

Menurut DJ Snake, beliau yang merupakan seorang peminat fesyen dan sneaker amat berbangga dengan pencapaiannya dapat bersama dengan pihak PUMA. Beliau juga berkata bahawa koleksi kasutnya akan bertambah.

“Saya sentiasa mengikuti perkembangan keluaran dari PUMA sendiri dan teruja untuk menggayakan produk mereka dalam video serta persembahan pada masa akan datang”, tambahnya lagi.

Fakta menarik, Mirage OG yang pertama kali diperkenalkan lebih dari setengah abad yang lalu sebenarnya sebagai kasut trek dan padang, tetapi pada tahun 90-an ianya dikeluarkan sebagai kasut larian atau jogging.

Pengarah Reka Bentuk dan Inovasi Global PUMA, Heiko Desens juga menyatakan bahawa idea mereka untuk membawa kembali Mirage perlulah lebih seiring dengan budaya dan cara kehidupan zaman sekarang.

Memilih DJ Snake merupakan satu pilihan yang bijak kerana pengaruhnya yang besar dalam industri muzik EDM serta dunia DJ mampu memberikan reaksi positif dari peminatnya dan pengguna PUMA.

Beliau yang berjaya menjejakkan kaki ke pentas antarabangsa pada tahun 2013 dengan single ‘Turn Down for What’, berjaya menjadi salah satu dari 10 karyawan muzik paling banyak disiarkan sepanjang masa.

Dirinya semakin terkenal kerana bergandingan dengan artis antarabangsa dan ikonik seperti Justin Bieber, Selena Gomez dan ramai lagi.

Jadi kepada peminat PUMA dan DJ Snake boleh dapatkan kasut Mirage yang berharga RM 469 dan dikhabarkan akan berada di pasaran pada 10 Mac 2021 di setiap kedai PUMA, PUMA.com dan outlet yang berkaitan di seluruh dunia.

PUMA juga turut menyatakan bahawa masih terdapat reka bentuk Mirage baharu yang akan dilancarkan sepanjang tahun 2021. Buat peminat sneakers, sama-sama kita nantikan model PUMA Mirage ini.

 

Baca juga: Twitter ‘Space’ Kini Muncul Saingi Aplikasi Clubhouse

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!