Dororo 2019, Anime Berkonsep "Dark Fantasy" dan Sejarah Jepun. - Verst Adamedia );

Type to search

Dororo 2019, Anime Berkonsep “Dark Fantasy” dan Sejarah Jepun.

Adamedia Infotainmen Movie Review

Dororo 2019, Anime Berkonsep “Dark Fantasy” dan Sejarah Jepun.

Avatar
Share

Anime Dororo 2019 merupakan anime pembuatan semula dari anime Dororo 1969. Namun begitu, jalan cerita, watak dan konsep Dororo 2019 hampir sama dengan Dororo 1969.

Yang berubah hanyalah animasi, pelakon suara, lagu opening dan ending.

Apa yang menarik tentang anime Dororo 2019 ini ialah, ia menceritakan mengenai bagaimana peperangan di Jepun pada zaman Sengoku Jidai (abad pertengahan 15 – awal abad ke 17)

Peperangan tersebut telah membuat masyarakat jepun ketika itu diambang kehancuran akibat pembunuhan dan perebutan kuasa.
Wallpapers ID:1006394
Dororo 2019 menceritakan bagaimana seorang budak bernama Dororo bertemu dengan seorang lelaki bernama Hyakkimaru yang kehilangan 48 anggota akibat dijadikan korban oleh ayahnya kepada iblis untuk menyelamatkan desa mereka.

Walaupun nama anime Dororo tetapi kisah ini berfokus kepada Hyakkimaru yang cuba mencari kembali anggota-anggota badan dengan mengalahkan iblis-iblis yang berkeliaran dan mencari kebenaran tentang kehidupannya bersama Dororo, mereka berdua berpetualang jelajah ke seluruh daerah Jepun.

Jadi kepada sesiapa yang berminat tentang anime berkisah sejarah gelap dan aksi boleh layan Dororo 2019 dan selami kisah mereka berdua.

Sumber: Winter Anime 2019

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!