Drama Thailand "The Gifted" Dapat Sambutan Menarik );

Type to search

Adamedia Infotainmen Movie Review

Drama Thailand “The Gifted” Dapat Sambutan Menarik

Avatar
Share

Kepada mereka yang meminati drama mengenai misteri, yang penuh dengan plot cerita yang menarik serta kelainan dan mendebarkan, anda disarankan untuk menonton drama Thailand “The Gifted (2018) dan The Gifted: Graduation (2020)”.

Buat pengetahuan semua pembaca, drama “The Gifted” merupakan drama yang mengisahkan mengenai sebuah sekolah yang mengumpulkan beberapa pelajar yang mempunyai “potential” atau sebuah kuasa istimewa.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

– Poster “The Gifted” 2018; Facebook The Gifted Global –

 

– Poster “The Gifted: Graduation” 2020; Facebook The Gifted Global

Mereka dikenali sebagai pelajar “Gifted Program” dan hanya beberapa pelajar yang terpilih berdasarkan ujian yang diberi oleh Pengetua Sekolah mereka.

Antara kekuatan “potential” mereka ialah mereka boleh mengawal barangan elektronik dan menggodam internet, melihat masa lalu, melihat emosi dan perasaan manusia berdasarkan warna, kekuatan melebihi manusia biasa dan banyak lagi.

Pelajar ini diberi kelonggaran dan segala kemudahan yang tidak dimiliki oleh pelajar-pelajar lain sehingga menyebabkan sebahagian pelajar membenci “Gifted Program”.

– Barisan para pelakon “The Gifted” dan “The Gifted: Graduation” ; Facebook The Gifted Global

Sekolah tersebut menyusun kedudukan pelajar mereka berdasarkan tahap IQ dan kepintaran pelajar. Segala kemudahan dan keperluan asas diutamakan kepada pelajar kelas hadapan dan mereka di kelas hujung hanya dapat sisanya sahaja.

Mereka percaya hanya pelajar yang pintar dan dari kelas pandai sahaja yang layak ke program tersebut tetapi sebuah keajaiban berlaku apabila seorang pelajar dari kelas hujung berjaya ke program “The Gifted”.

Namun apa yang menarik, program dan sekolah tersebut menyimpan seribu satu rahsia kenapa hanya beberapa pelajar sahaja yang terpilih dan kenapa program “The Gifted” boleh wujud.

 

Segalanya berjaya dibongkar oleh para pelajar “The Gifted” sehingga salah seorang daripada mereka terpaksa mengalami satu kejadian dia melupakan segalanya.

Tetapi berkat pertolongan rakan-rakannya, dia bangkit dan membongkar serta menghapuskan sistem sekolah mereka itu.

Setelah dua tahun mereka berjuang, mereka kembali lagi dengan rancangan yang lebih besar “The Gifted: Graduation” dan mereka kini sudah mencapai penghujung persekolahan mereka.

Berkat “potential” dan kepintaran ketua mereka, pelajar “The Gifted” mengalami pelbagai cabaran dan halangan bagi mebuktikan rahsia gelap sekolah tersebut kepada dunia dan memperbaiki kembali keadilan para pelajar.

 

“The Gifted (2018)” dan “The Gifted: Graduation” (2020) merupakan keluaran GMMTV dan One31 dan dilakonkan oleh pelakon yang terkenal.

Drama ini banyak mengajar penonton mengenai bahawa keadilan dan kesaksamaan dalam sistem sebuah persekolahan itu sangat penting dan mencabar.

Ia juga mendidik para guru untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh para pelajar dan cara untuk menanganinya dengan maju ke hadapan.

Kita juga dapat mempelajari bahawa mengalami perubahan bukan bermaksud kita akan sentiasa maju dan berjaya tetapi akan ada kesan negatif terhadap setiap tindakan kita.

Ada perubahan yang baik dan ada juga perubahan yang membawa kepada diskriminasi sesama manusia tidak kira pelajar atau orang awam.

Percayalah anda pasti akan tertarik dengan drama ini kerana ia menyajikan anda sesuatu yang membuatkan anda terfikir dan nilai persahabatan yang ditunjukkan sangat menarik.

[Sumber: My Drama List]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!