Dua Beranak Ditahan Mencuri 'Smartphone' Di Pusat Kuarantin

Type to search

Adamedia Isu Best Pilihan Adamedia

Dua Beranak Ditahan Mencuri ‘Smartphone’ Di Pusat Kuarantin

Share

Umum mengetahui Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, diaktifkan semula sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Ribuan pesakit menjalani tempoh kuarantin di lokasi tersebut dengan pemantauan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagaimanapun, lain pula perkara yang terjadi apabila tular video di aplikasi TikTok mengenai dua beranak ini dipercayai bapa dan anak mencuri telefon bimbit pesakit lain.

Banyak telefon bimbit hilang

@ayiekefli

Patut la ramai orang hilang hp , Naseb jumpe pencuri dia . Mantap PDRM datang awal . #fyp #maepsserdang #fy

♬ Oh No – Kreepa

Suasana tegang itu dikongsi pengguna TikTok bernama @ayiekefli memperlihatkan suspek sedang disoal siasat oleh pihak polis yang berpakaian sut perlindungan diri (PPE) kerana dipercayai menjadi penyebab pesakit lain kehilangan telefon bimbit mereka.

Dua orang berjaya ditangkap

https://www.tiktok.com/@ayiekefli/video/6927664458697395458?sender_device=pc&sender_web_id=6912346357962802689&is_from_webapp=v2&is_copy_url=0

‘Allah dah uji dengan sakit pun masih nak mencuri’

‘Ambil kesempatan dalam kesempitan sungguh’

Difahamkan, bukan hanya seorang tetapi dua orang pencuri itu berjaya diberkas sekali gus menerima sorakan daripada penghuni MAEPS sebagai tanda berterima kasih dengan tindakan pantas pihak polis.

Kelihatan kedua-dua suspek hanya jalan menunduk kerana malu sambil diiringi pihak polis keluar dari lokasi terbabit untuk tindakan selanjutnya.

Perkongsian video itu dibanjiri komen netizen yang turut bengang dengan tindakan pencuri berkenaan selain turut memuji kecekapan pihak polis menangani kejadian ini.

Dalam sakit-sakit sempat lagi mencuri. Harapnya insaf la lepas ini & penghuni MAEPS perlu lebih peka untuk jaga barang peribadi masing-masing!

[Sumber: TikTok Ayie Kefli]
Tags:
Farhana Syahirah

Kaki ulat buku dan digital serta suka memberi "hidden knowledge" kepada pembaca. Gemar berkongsi cerita dan sisi menarik positif yang mungkin boleh dijadikan sumber evergreen sepanjang masa.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!