Earth Day Yang Ke-50 Tahun Disambut Secara Digital Berikutan Covid-19 - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Earth Day Yang Ke-50 Tahun Disambut Secara Digital Berikutan Covid-19

Hidayah Abdullah
Share

Setiap 22 April, sambutan Earth Day dilaksanakan di seluruh dunia dan pada tahun 2020 Earth Day menandakan sambutan yang ke 50 tahun.

Earth Day telah menunjukkan kejayaan sejak pertama kali di sambut pada tahun 1970, pada tahun ini tema yang diketengahkan ialah climate action.

Earth Day merupakan reaksi kepada krisis alam sekitar seperti tumpahan minyak, pencemaran sungai serta pencemaran udara.

Selalunya semasa Earth Day, rata-rata penduduk dunia mengambil kesempatan mempromosikan cara alternatif yang dapat memelihara bumi dari pencemaran.

Memandangkan dunia dilanda isu Covid-19, Earth Day tahun ini disambut secara digital dan banyak aktiviti disediakan untuk masyarakat dunia menyertainya.

Selama 24 jam, hari ini Earth Day akan memenuhi landskap digital dengan perbualan global, persembahan, edutainment melalui paparan video dan banyak lagi.

Gunakan masa anda yang diluangkan di rumah sempena PKP ini untuk menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan.

Sebagai tanda sokongan, anda juga boleh memuat turun poster dan grafik untuk dikongsikan di laman media sosial anda seperti Facebook, Twitter mahupun Instagram.

Anda boleh semak senarai aktiviti serta masa dan juga mendapatkan poster grafik menarik di laman web rasmi mereka iaitu https://www.earthday.org/earth-day-2020/

Jangan lupa sertakan tanda pagar #EarthDay2020 dan #climateaction di setiap posting anda

Jom create the wave!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!