(Video)“Mohon doakan bapak...” – Ustaz Ebit Lew Pohon Doakan Kesihatan Bapa, Kini Hidap Kanser Perut Peringkat Akhir );

Type to search

Adamedia Isu Best

(Video) “Mohon doakan bapak…” – Ustaz Ebit Lew Pohon Doakan Kesihatan Bapa, Kini Hidap Kanser Perut Peringkat Akhir

Share

Ustaz Ebit Lew sangat terkenal dengan sifat pemurahnya yang sering menderma dan menghulurkan bantuan pada mereka yang memerlukan.

Sikapnya yang tidak pernah lokek dalam memberi bantuan, menjadikannya sangat dikenali bukan sahaja dalam kalangan melayu, malah turut dihormati oleh pelbagai bangsa di Malaysia.

Sebelum ini, Ustaz Ebit Lew pernah berkongsikan berita tentang ayahnya yang sakit di hospital, namun hanya mampu mendoakan dari jauh sahaja kerana terlibat dengan misi bantuan di Palestin.

ebit

Terbaharu, menerusi posting beliau di laman Instagram menyatakan bahawa ayahandanya kini berada dalam keadaan tenat dan sedang bertarung nyawa melawan penyakit kanser perut.

 

“Ya Allah, angkatkanlah sakit dari ayah saya…”

“Jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang dilakukan, saya hadiahkan semuanya buat bapa”

 

Walaupun masih di dalam tempoh kuarantin, beliau bersyukur kerana diberi peluang untuk melawat bapanya dengan berpakaian lengkap PPE.

ebit

Walau apa pun terjadi, kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kesejahteraan ustaz sekeluarga.

Semoga Ustaz Ebit Lew tabah menghadapi dugaan yang diberi dan sama-samalah kita doakan agar bapanya diberikan kesihatan yang baik dan beransur pulih.

 

Sumber: instagram

 

Baca: Puluhan Orang Mati Akibat Cuaca Panas Melampau Di Kanada
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!