Elaun Dinaikkan kepada RM100 Sehari Bagi Sukarelawan Kesihatan di PPV, PKRC );

Type to search

Adamedia Isu Best

Elaun Dinaikkan kepada RM100 Sehari Bagi Sukarelawan Kesihatan di PPV, PKRC

Share
sukarelawan

Perdana Menteri mengumumkan bayaran saguhati sukarelawan kesihatan yang bertugas di lapangan termasuk Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) dinaikkan daripada RM50 kepada RM100, bermula bulan ini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenaikan itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 19,000 sukarelawan di seluruh negara.

“Saya telah mengarahkan Kementerian Kewangan untuk mengkaji semula kadar bayaran kepada sukarelawan ini, supaya dapat ditambah jumlahnya dan bilangan penerima juga diperluas secepat mungkin.

“Jadi kerajaan bersetuju bayaran saguhati ini ditingkatkan kepada sukarelawan yang bertugas melebihi 12 jam sehari bermula Jun ini, yang melibatkan implikasi kewangan tambahan berjumlah RM180 juta,” katanya selepas mengadakan lawatan ke PPV Dewan Muafakat Johor Bukit Gambir.

volunteer myvac
Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC) volunteers helping the senior citizen to fill the health declaration form before getting Pfizer vaccine at public vaccination centers (Pusat Pemberian Vaksin) in Putrajaya yesterday. Ñ IZZRAFIQ ALIAS/The Star

Mengulas lanjut ujarnya, kenaikan elaun berkenaan merupakan pengiktirafan kerajaan kepada jasa dan sumbangan golongan itu yang antara lain bertungkus lumus berusaha memastikan rakyat Malaysia dapat menerima suntikan vaksin dengan teratur dan cepat.

Dalam pada itu ujarnya, bagi memenuhi aspirasi Pelan Pemulihan Negara, kerajaan juga telah memutuskan bahawa PPV di seluruh negara akan mula beroperasi tujuh hari seminggu dengan masa operasi dilanjutkan.

“Keputusan ini selaras untuk membuktikan keseriusan kerajaan dalam meningkatkan kadar vaksinasi di seluruh negara yang terus menerus menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan setiap hari.

“Pada Julai dan Ogos ini bekalan vaksin yang diterima akan meningkat lebih kurang 16 juta dos dan penerima vaksin juga bakal bertambah daripada hampir 250,000 sehari kepada 400,000 sehari berdasarkan penyampaian vaksin yang kita sudah tempah,” tambahnya. –TVS

Baca Lagi: Program ‘GoVax Heroes’ Seru Sukarelawan Bantu Warga Emas Mendapatkan Vaksin

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!