Enam Individu Maut Selepas Jalani Ujian Vaksin Covid-19 );

Type to search

Enam Individu Maut Selepas Jalani Ujian Vaksin Covid-19

Adamedia Isu Best Lifestyle

Enam Individu Maut Selepas Jalani Ujian Vaksin Covid-19

Share

Baru-baru ini kita mendapat berita bahawa terdapat enam individu maut selepas jalani ujian vaksin Covid-19 di United Kingdom (UK).

Seperti yang kita semua tahu bahawa tidak lama lagi kita bakal mendapatkan bekalan vaksin Covid-19 tetapi ia perlu jalani ujian terlebih dahulu. Malah pihak Kesihatan Kementerian Malaysia (KKM) juga akan meneliti dahulu ujian tersebut sebelum digunakan ke atas rakyat Malaysia.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) sbelum UK di sahkan menjadi negara pertama yang meluluskan penggunaan vaksin tersebut.

Namun, kadar kematian tersebut tidak membangkitkan isu berkaitan keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut ke atas manusia kerana ianya berlaku disebabkan populasi umum pada kadar yang sama.

Laboratorium, Tes, Obat, Vaksin

Berdasarkan laporan yang diterima, dua individu yang maut adalah ketika tempoh percubaan manakala empat yang lain maut disebabkan ketika peringkat plasebo.

Laporan juga menunjukkan bahawa tahap keberkesanan vaksin tersebut adalah pada 95 peratus dan ia didalam perhatian selama tujuh hari selepas individu menerima suntikan yang kedua.

Apa-apa pun kita sebagai rakyat Malaysia perlu tunggu dengan sabar keputusan yang diterima dan dibuat oleh pihak atasan KKM kerana mereka pasti akan mementingkan keselamatan rakyatnya terlebih dahulu.

[Sumber: Harian Metro]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!