Filem Escape Room 2: Tournament of The Champions Bakal Ditayangkan Tak Lama Lagi! );

Type to search

Adamedia Infotainmen Isu Best

Filem Escape Room 2: Tournament of Champions Bakal Ditayangkan Tak Lama Lagi!

Share
escape room

Setelah Escape Room berjaya pada tahun 2019 lalu, Sony Pictures bakal mengeluarkan sekuel dari film tersebut yang akan dilancarkan bulan ini.

Filem seram Escape Room: Tournament of Champions merupakan sekuel kedua filem thriller psikologi yang diarahkan oleh Adam Robitel. Kisah ini menceritakan tentang Zoey dan Ben kembali bertekad untuk mendapatkan keadlian bagi mangsa lain yang pernah terkorban dalam escape room terdahulu.

Pasangan itu menuju ke New York untuk melibatkan dalam permainan itu sekali lagi tetapi bersama peserta yang berbeza.

Jika difikirkan semula, keadaan mereka menjadi lebih berbahaya dan rumit kerana sudah cukup berpengalaman. Walau bagaimanpun, Zoey dan Ben perlu bekerjasama dengan sahabat baru mereka sekiranya mereka mahu menghentikan penyiksaan Minos.

Mesti ramai dah tak sabar kan? Sekiranya korang berminat untuk mengetahui semua perincian filem ini, pasti korang nak tahu bila Escape Room 2 akan ditayangkan. Teruskan membaca!

Tarikh tayangan Escape Room 2

escape room

Tayangan sekuel ini sebenarnya sudah beberapa kali ditangguhkan. Pada asalnya ia perlu ditayangkan pada 17 April 2020, namun berikutan pandemik yang masih belum pulih, ia gagal dilakukan.

Setelah tayangan perdana pada 1 Julai 2021 di Australia berjalan dengan lancar, akhirnya giliran penonton di Amerika Syarikat pula untuk menyaksikan filem Escape Room: Tournament of Champions pada 16 Julai akan datang.

Bagaimanapun, untuk Malaysia masih belum dinyatakan secara rasmi.

Peringkat umur yang sesuai untuk menonton

Filem seram psikologi ini dinilai untuk penonton dari peringkat umur 13 tahun ke atas dimana ia sama dengan filem pertamanya.

Anak-anak yang berumur berada dalam lingkungan tersebut masih memerlukan pengawasan dari ibu bapa atau orang dewasa, kerana filem ini mengandungi unsur keganasan, bahaya, dan bahasa yang kuat.

Barisan pelakon Escape Room 2

escape room

Pelakon Taylor Russell dan Logan Miller masih mengulangi peranan masing-masing sebagai Zoey Davis dan Ben Miller. Taylor juga terkenal dengan peranannya dalam siri TV Lost in Space, sementara suara Logan digunakan untuk watak Nova dalam siri animasi Marvel Ultimate Spider-Man dan Guardians of the Galaxy.

escape room

Mereka disertai oleh barisan pelakon baharu, Indya Moore (Brianna), Holland Roden (Rachel), Thomas Cocquerel (Nathan) dan Carlito Olivero (Derek).

Enam watak itu membentuk watak utama Tournament of Champions, ketika mereka bergabung untuk menyelesaikan teka-teki dan bertahan sehingga akhir permainan.

Trailer Escape Room: Tournament of Champions memberi gambaran kepada penonton bahaya yang akan menimpa kumpulan ini.

Saksikan klip penuh bagi trailer filem ini di bawah!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!