Filem BoBoBoy Ditayangkan Di Turki - Verst );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Filem BoBoBoy Ditayangkan Di Turki

Share

Siapa sahaja tidak mengenali filem BoBoBoy di Malaysia ini ? Cerita animasi yang paling digemari baik kanak-kanak mahupun golongan dewasa ini sudah makin mendapat nama di mata dunia. Sangat sesuai ditonton oleh semua peringkat umur.

Animasi tempatan ini bakal ditayangkan di pawagam Turki bermula bulan depan dengan penayangan dua filem pecah panggung iaitu BoBoBoy : The Movie dan BoBoBoy Movie 2. Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios (MONSTA), Nizam Abdul Razak brasa sangat teruja dengan kerjasama pihak Turki.

“MONSTA juga kini dalam perbincangan dengan pihak pengedar di Turki untuk menayangkan kesemua 76 episod bersiri BoBoBoy serta BoBoBoy Galaxy di kaca TV Turki. Siri terbabit juga akan di alih Bahasa sepenuhnya kepada bahasa Turki” .

Nama BoBoBoy sudah tidak asing lagi di mata dunia sekaligus dapat membanggakan Malaysia. Animasi ini sudah memiliki pengikut lebih daripada 70 negeri. Ia termasuk negara tetangga seperti Asia Tenggara, India, Timur Tengah dan Afrika Utara. Pihak MONSTA berharap dapat mengembangkan lagi jenama terbabit ke negara lain.

Memang bangga sungguh rakyat Malaysia apabila produk keluaran Malaysia dipandang dan disukai oleh rakyat negeri lain. Moga kejayaan ini berkekalan sampai bila-bila dan nama Malaysia bersinar di negara lain.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!