Filem ‘On Your Mark’ Arahan Pengarah Malaysia Ini Pecah Panggung Di China );

Type to search

Adamedia Lifestyle Movie Preview

Filem ‘On Your Mark’ Arahan Pengarah Malaysia Ini Pecah Panggung Di China

Share
china

Siapa sangka filem arahan ‘Anak Malaysia’ ini berjaya menghuni tangga teratas carta Filem di negara tembok besar, China.

Chiu Keng Guan berjaya mencipta fenomena apabila karya terbaharunya, On Your Mark yang ditayangkan di China meraih kutipan pecah panggung sebanyak RM8.7 juta (RMB 13.65 juta) pada hari pertama tayangan filem tersebut di sana.

china

Lebih membanggakan, filem yang ditayangkan di lebih 9,000 buah pawagam di China itu turut menduduki tangga nombor satu carta filem terkini di China.

Berdasarkan laporan, sehingga 20 Jun, filem tersebut telah berjaya meraih kutipan hampir RM24 juta (RMB 37 juta).

Chiu yang pernah mencipta fenomena menerusi filem Ola Bola berkata, dia sebenarnya gementar, namun teruja apabila filem terbabit diterima baik di negara berkenaan.

china

“Sebenarnya saya sangat gementar dan teruja pada masa sama. Ini kerana, saya baru pertama kali mengarah filem di China. Ia juga filem sulung saya di luar negara dan bekerjasama dengan produksi di sana sesuatu yang segar dan baharu.

“Sebagai pengkarya filem Malaysia, saya amat gembira apabila filem ini menerima sokongan padu di hari pertama pembukaan tayangannya.

“Saya harap filem On Your Mark akan terus berjaya dan saya juga tidak sabar untuk filem ini ditayangkan di Malaysia pula,” katanya.

china

Karya tersebut diterbitkan oleh beberapa syarikat produksi di sana dan Astro Shaw, merupakan satu-satunya penerbit tunggal dari Malaysia dan bertanggungjawab untuk menayangkan filem itu di Malaysia tidak lama lagi.

Filem ini mengisahkan seorang anak muda, Xiao Erdong bercita-cita untuk menjadi pelari ‘marathon’ seperti orang tuanya.

Tak sabarnya nak layan filem ni di panggung wayang, harap-harap selesai sahaja PKP nanti rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan filem ini di pawagam.

 

Sumber: hmetro

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!