Filem Terbaru Namewee Diharamkan Di Malaysia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Filem Terbaru Namewee Diharamkan Di Malaysia

Avatar
Share

(Sumber: Facebook Namewee)

Filem terbaru Namewee bertajuk “Babi” telah diharamkan ditayang di setiap pawagam di Malaysia lantaran poster filem tersebut menunjukkan gambaran unsur perkauman di negara ini.

Image(Sumber: FILEMKITA)

Pihak Pemuda Wilayah Persekutuan Perikatan Nasional (PN) telah membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut.

Menurut Muhammad Azwan Azmi, Ahli Pemuda Wilayah Persekutuan Perikatan Nasional berkata bahawa poster dan filem tersebut mengandungi kata-kata kesat serta unsur perkauman yang boleh menimbulkan pergaduhan dalam kalangan rakyat.

Imej mungkin mengandungi: teks
(Sumber: Facebook Namewee)

Beliau juga meminta agar pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengharamkan segala tayangan filem tersebut di semua platform sosial media milik Namewee.

Walau bagaimanapun, filem tersebut akan ditayangkan di negara Taiwan pada hari ini.

Filem tersebut juga berjaya meraih pencalonan di Berlin International Film Festival, Bangkok International Film Festival dan Toronto International Film Festival serta anugerah yang setara dengan Oscar – Golden Horse Awards.

Image
(Sumber: FILEMKITA)

Menurut Namewee sendiri, beliau menyatakan bahawa filem tersebut mengisahkan tentang kisah sebenar yang berlaku 20 tahun lepas di sebuah sekolah.

Tragedi tersebut dijadikan sebuah rahsia oleh pihak kementerian dan tidak pernah dihebohkan ke orang awam.

Filem itu memberitahu bagaimana teruknya pembulian, gangguan seksual, unsur perkauman dan pelbagai perkara buruk berlaku sehingga timbulnya pergaduhan dan pertumpahan darah.

Sumber: Says

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!