Foto Terbaharu Proton Iriz 2021 Terdedah! Jom Intai Apa Yang Menarik

Type to search

Adamedia Isu Best

Foto Terbaharu Proton Iriz 2021 Terdedah! Jom Intai Apa Yang Menarik

Share
iriz

Kebelakangan ini, beberapa keping gambar kereta terbaharu Proton Iriz 2021 telah tular di media sosial dan hangat diperkatakan netizen.

Meskipun pihak Proton belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi di laman mereka, rata-rata netizen sudah tidak sabar menanti pelancaran dua buah model yang dikatakan bakal membuat kemunculannya pada tahun ini.

Model berkenaan merupakan keluaran ataupun versi baharu bagi kereta kompak Proton Iriz

Berikut merupakan antara gambar dan ciri kereta yang telah bocor di laman media sosial.

 

Proton Iriz 2021

 

Model terbaru Proton Iriz kali ini bakal didatangi dengan ruang reka bentuk dalaman berwarna hitam dan merah yang dilihat lebih sporty dan menarik.

Selain itu, kemasan krom di bahagian tempat duduk kereta pula dibalut dengan fabrik kulit berwarna hitam yang dikontraskan dengan jahitan benang merah.

Turut hadir dengan kawalan penyaman udara digital dan skrin sentuh jenis terapung melengkapkan lagi kekemasan dan gaya moden yang ada pada Proton Iriz terbaru ini nanti.

Selain menggunakan logo bulat yang baharu, tempat perehat tangan di bahagian tengah juga ditambah bagi memberi keselesaan pada si pemandu.

 

iriz

Pada bahagian luarannya pula, Proton dilihat mengambil langkah berani apabila menukar bumper hadapan dan menggunakan hiasan perak tambahan pada bahagian grill.

 

Varian Iriz baharu ini juga didatangi dengan lampu jenis LED dan rim dua tona warna bersaiz 16 inci yang lebih besar daripada model sedia ada.

Setakat ini, masih belum ada sebarang perincian maklumat tentang harga dan jenis varian yang ditawarkan. Tetapi apa yang pasti, Proton Iriz kali ini bakal hadir dengan wajah yang lebih garang dan berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Dah ada yang nak berkunjung ke showroom Proton ke tu? sabar dulu ye… kita tunggu dulu tarikh dan pengumuman rasmi daripada Proton. Kalau dah rasmi nanti jom ramai-ramai kita pergi test drive!

 

 

Sumber: wapcar.my

 

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!