Gadis Amerika Cipta Aplikasi & Panduan Khas Buat ‘Hantu Durian’ );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Gadis Amerika Cipta Aplikasi & Panduan Khas Buat ‘Hantu Durian’

Share
amerika

Buah durian sangat terkenal di rantau Asia Tenggara sehingga digelar ‘raja buah-buahan’ oleh kerana keunikan rupanya yang berduri dan aromanya yang menusuk ke hidung.

Setakat ini, buah durian sudah mula diterokai oleh semua orang dari pelusuk dunia dan masing-masing memberikan respon dan komen yang berbeza-beza selepas memakannya.

Pernahkah anda terfikir bahawa durian juga mempunyai laman sosial dan buku panduannya tersendiri?

 

 

Lindsay Gasik

amerika 

Mempunyai minat dan selera yang tinggi terhadap buah durian, gadis yang berasal dari Amerika ini telah mencipta sebuah laman sosial rasmi tentang buah berkenaan.

Difahamkan, beliau mula meminati durian ketika menghadiri festival vegan di Amerika yang bertemakan pemakanan diet berasaskan tumbuhan.

Sebahagian besar darinya menunjukkan gambar buah-buahan tropika, dan salah satunya adalah durian.

Bermula dari detik itu, gadis bernama Lindsay Gasik ini sangat teruja dan mula menjejak durian terbaik di seluruh dunia

 

Year of The Durian

amerika

Sebuah laman web telah direka untuk membantu pencinta durian dalam perjalanan untuk menjejak buah berkenaan di serata dunia.

Kebanyakan maklumat mengenai durian tidak pernah tersedia dalam bahasa Inggeris dan ianya nyata menyukarkan warga asing terutamanya di benua eropah untuk mengetahuinya.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh tekan pautan ini

amerika

Orang ramai akan diberi panduan untuk melihat ke tempat dan kawasan yang menyediakan buah durian terbaik bukan sahaja di dalam negara, malah di serata dunia termasuk di Thailand dan juga di Indonesia

Selain itu, laman web ini juga membolehkan penggemar durian untuk bertemu dan berhubung dengan petani tempatan bagi mengembangkan lagi komuniti durian di seluruh dunia.

 

Year of The Durian App

amerika

Aplikasi Tahun Durian ini direka khas untuk pelancong yang ingin merancang perjalanan mereka dalam tempoh tiga bulan awal dari musim durian di sesebuah kawasan itu.

Mempunyai rangkaian sekitar 800 petani di seluruh Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia, Brunei dan Australia, ia nyata memudahkan orang ramai untuk mengikuti musim durian di negara berikut.

amerika

Aplikasi ini menawarkan data terkini mengenai musim durian di lebih dari 10 buah negara melalui peta interaktif yang membolehkan anda mencari dan menyimpan lokasi yang ditemui.

Untuk muat turun, sila tekan sini

Amerika

Siapa sangka buah durian yang dikatakan busuk dan hodoh ini rupa-rupanya sangat digemari oleh penduduk di luar negara.

Buat ‘hantu durian’ sekalian, tunggu apa lagi? Bolehlah layari laman web dan aplikasi tersebut untuk ketahui info semasa.

 

Baca: Foodpanda tawar baucer diskaun sehingga 50% sepanjang bulan Jun ini
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!