Gandingan DoraemonxGucci Meraikan Ulang Tahun Ke-50 Doraemon );

Type to search

Adamedia Infotainmen Lifestyle

Gandingan DoraemonxGucci Meraikan Ulang Tahun Ke-50 Doraemon

Share
Gucci

Kalau sebelum ini Gucci melakukan kerjasama bersama permainan Pokemon Go, kini mereka telah melancarkan koleksi pakaian dan aksesori watak anime terkenal iaitu Doraemon.

Tujuan kerjasama ini dilakukan adalah memperingati ulang tahun Doraemon yang ke-50 tahun dan ia pertama kali dilihat di pameran fesyen koleksi 2021 Resort Wear Epilogue live-stream Gucci pada Julai 2020 lepas.

Antara koleksi yang dikeluarkan ialah meliputi 50 jenis aksesori dan pakaian seperti jaket, kemeja, kasut, jam tangan, cermin mata dan banyak lagi yang mempunyai logo atau gambar Doraemon.

Doraemon
Skarf dan Jam Tangan; Timeout
Beg dan Baju

Anda semua yang meminati gandingan ini serta watak yang digemari ramai terutama kanak-kanak dan ibu bapa yang hidup seiring anime Doraemon bolehlah membuat pra-pesanan melalui laman web Gucci.

Dan jangan lupa juga saksikan movie terbaru Doraemon: Stand By Me 2 yang dikhabarkan akan tayang di pawagam tidak lama lagi.

[Sumber: Timeout]

Baca juga: Doraemon: Stand By Me 2 – Antara cinta dan keluarga

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!