Curi-Curi Tonton Siri Squid Game, Lelaki Ini Dijatuhi Hukuman Mati Di Korea Utara );

Type to search

Adamedia Isu Best

Curi-Curi Tonton Siri Squid Game, Lelaki Ini Dijatuhi Hukuman Mati Di Korea Utara

Share
siri

Drama siri Korea, Squid Game cukup terkenal dan diminati ramai masyarakat dari seluruh dunia serta mendapat sambutan hangat di Netflix.

Namun begitu, malang menimpa lelaki Korea Utara ini apabila beliau telah dijatuhi hukuman mati oleh pemerintah di negara beliau, Kim-Jong un.

Menurut laporan, beliau telah dijatuhi hukukan mati selepas didapati bersalah kerana menyeludup dan menjual salinan siri ‘Squid Game’ selepas pihak berkuasa berjaya menangkap tujuh orang pelajar sekolah yang sedang menonton drama popular itu.

siri

Lelaki berkenaan dipercayai membawa salinan siri Netflix tersebut ke Korea Utara selepas pulang dari China dan menjual USB yang mengandungi siri ‘Squid Game’

Difahamkan, hukuman mati yang dijatuhkan bakal dilaksanakan oleh skuad tembak Korea Utara. Seram betul bila dengar tembak-tembak ni kan!

siri

Selain itu, pelajar yang membeli siri berkenaan juga tidak terlepas daripada dikenakan hukuman penjara seumur hidup manakala enam pelajar yang menonton pula dijatuhi hukuman kerja berat selama lima tahun.

Hukuman ini menunjukkan kerajaan Korea Utara telah melaksanakan undang-undang baru iaitu ‘Penghapusan Pemikiran dan Budaya Penentangan’ (Elimination of Reactionary Thought and Culture).

Pelik tapi benar, itulah realiti yang perlu dihadapi oleh warganegara Korea Utara apabila pemerintahnya Kim-Jong un dilihat sering menjalankan hukuman yang kejam pada rakyatnya. Bersyukurlah kita sebagai rakyat Malaysia kan?

 

[Sumber: utaradaily]

 

Baca Juga: 3 Kali Ganda Lebih Besar Dari New York, Arab Saudi Bakal Bina Bandar Terapung Terbesar Dunia

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!