Gegar Vaganza Kembali Lagi Tahun Ini, Syafinaz Sebagai Juri Tetap );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Gegar Vaganza Kembali Lagi Tahun Ini, Syafinaz Sebagai Juri Tetap

Share
gegar vaganza

Program realiti paling dinanti-nantikan, Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) kembali lagi gais!

Menariknya kali ini, bintang GV8 juga mewakili tiga negara serumpun iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia yang pernah menempa nama di persada seni hiburan suatu ketika dahulu.

Kemampuan 13 bintang utama yang bakal menjadi pertaruhan edisi kali ini terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.

BACA JUGA: Netflix Kini Ada di Astro Gais!

Ia akan mula bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9 malam bermula 21 November ini.

Program yang akan ditayangkan secara eksklusif menerusia Astro Ria itu akan ‘menjanjikan’ wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi kepada juara edisi kali ini.

Selain itu, barisan juri pula terdiri daripada pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS, penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang serta guru vokal vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

Bagi pengacara pula, GV juga masih mengekalkan duo terhebat tanah air, Nabil Ahmad dan Jihan Muse bagi mencampurkan unsur jenaka dalam program tersebut.

Senarai peserta Gegar Vaganza musim kelapan

Umum mengetahui, 13 peserta yang bakal berentap dalam edisi kali ini adalah terdiri daripada enam penyanyi lelaki solo, lima penyanyi wanita solo dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan. Nak tahu siapa? Jom kita tengok!

1. Aweera

2. Azam Scan

3. Fazley Yaakob

4. Shidee

5. Bandi Amuk

6. Aliff Aziz

7. Adibah Noor

6. Ani Maiyuni

9. Suki

10. Nikki

11. Upiak Isil

12. Saiful Apek dan Yassin Senario (Duo)

13. Nico

Demikianlah 13 peserta yang bakal berentap untuk edisi kali ini. Ramai peserta berbakat bermula dari otai sehinggalah penyanyi senior. Lebih mengejutkan, penampilan daripada bekas kumpulan Senario turut mewarnai GV kali ini. Ni yang tak sabar nak tengok ni!

[Sumber: Astro Gempak]

Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!