“Gerak Khas Undercover Kekal Relevan” Yusof Haslam Dikritik Hebat Oleh Warganet );

Type to search

Adamedia Isu Best

“Gerak Khas Undercover Kekal Relevan” Yusof Haslam Dikritik Hebat Oleh Warganet

Share
undercover

Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam memilih masih mengekalkan nama Gerak Khas untuk drama terbaharu terbitannya berjudul Gerak Khas Undercover.

Beliau yang ditemui pada sesi sidang media drama itu secara virtual berkata, jenama Gerak Khas wajar dikekalkan kerana sudah begitu kukuh dan sangat dikenali penonton sehingga berjaya diterbitkan selama 23 tahun.

Bagi menghasilkan drama 30 episod ini, ia membabitkan ramai pengarah berkaliber yang berbakat dan mahir dalam menghasilkan drama bercorak kepolisan dan padat aksi pertarungan.

undercover

“Apapun penggambaran drama Gerak Khas Undercover ini sudah dijalankan lebih dua bulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan pada 1 Jun lalu.

“Selebihnya, sekitar lapan episod lagi hampir siap dan memerlukan penambahan babak yang lompang akibat PKP yang tiba-tiba dilaksana dan terpaksa berehat ‘shooting’ selama empat bulan,” katanya.

Bakal menampilkan barisan pelakon terkemuka tanah air seperti Erra Fazira, Datuk Aaron Aziz, Datuk Rosyam Nor, Salina Saibi, Elizabeth Tan, Raja Afiq dan ramai lagi.

undercover

undercover

Meskipun begitu, rata-rata netizen dilihat kurang bersetuju dengan terbitan drama bersiri berkenaan kerana ianya dianggap masih mengekalkan skrip jalan penceritaan yang kaku dan kurang menarik.

undercover

undercover

 

“CSI yang canggih pun sudah penonton bosan… ini lagi stakat “yalah Jan…”

 

undercover

Walaubagaimanapun, drama ini masih lagi belum ditayangkan dan seharusnya kita tidak terburu-buru untuk melemparkan kecaman terhadap syarikat produksi ini.

Jika skrip dan jalan penceritaannya diolah dengan baik, penulis percaya ianya mampu memperoleh jumlah tontonan yang ramai seperti dahulu kala.

Jom sama-sama kita saksikan ‘Gerak Khas Undercover’ yang akan mula bersiaran pada hari esok, jam 10.30 malam di TV3.

 

[Sumber]: hmetro

 

Baca: Penyanyi Rap Ini Tanam Emas Pada Kulit Kepalanya Demi Kejar Populariti

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!