Grab Beri Diskaun Eksklusif Untuk Warga Emas Pergi Mendapatkan Vaksin );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Grab Beri Diskaun Eksklusif Untuk Warga Emas Pergi Mendapatkan Vaksin

Share
diskaun

Golongan warga emas akan diberikan diskaun untuk perjalanan mendapatkan suntikan vaksin di lokasi janji temu vaksinasi mereka.

Usaha ini dilihat sebagai satu tarikan dan kemudahan yang disediakan buat mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas.

Seperti kita sedia maklum, pihak kerajaan hari ini hanya membenarkan dua orang sahaja dalam sesebuah kereta dan ia nyata sedikit menyukarkan mereka yang hendak pergi mendapatkan suntikan vaksin.

diskaun

Kini anda tidak perlu lagi bimbang untuk menghantar ibu atau bapa anda untuk divaksin.

Anda hanya perlu mengesahkan butiran di aplikasi grab sebelum 7 Jun 2021 untuk mendapatkan diskaun RM8 bagi setiap perjalanan pergi dan balik bagi kedua-dua janji temu vaksinasi.

diskaun

Ianya merupakan satu inisiatif yang baik ditunjukkan pihak kerajaan dan aplikasi Grab dalam meningkatkan lagi kesedaran tentang pentingnya vaksin dalam mencegah COVID-19.

Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh tekan pautan ini untuk lihat video youtube

Apa tunggu lagi? Lekas daftar vaksin dan jangan lupa lengkapkan butiran di aplikasi Grab!

 

Sumber: astroawani

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!