Grand Finale #BattRap2Challenge, Penonton 'LIVE' Berpeluang Memenangi Hadiah Menarik - Verst );

Type to search

Adamedia Lifestyle Pilihan Adamedia Pilihan Editor

Grand Finale #BattRap2Challenge, Penonton ‘LIVE’ Berpeluang Memenangi Hadiah Menarik

Avatar
Share
Bateriku.com
  • Bateriku.com menyediakan servis penghantaran & pemasangan bateri kereta yang boleh ditempah secara dalam talian.
  • Aplikasi mudah alih ini mendapat penilaian (rating) 4.9 bintang atas perkhidmatan pantas serta mesra pengguna.
  • Kempen terbaru #BattRap2Challenge dikuasakan oleh Bateriku.com sudah memasuki peringkat Grand Finale malam ini.

Bila kereta bateri ‘kong’ secara tiba-tiba, siapa yang perlu anda hubungi? Waktu itu mungkin ahli keluarga mahupun teman lelaki anda tidak berkesempatan atas kekangan masa.

Jadi, sudah tentu Bateriku.com akan datang membantu menyelesaikan masalah bateri kenderaan anda dengan kadar segera.

Pesanan bateri hanya perlu dilakukan melalui talian hotline percuma atau aplikasi mudah alih Bateriku.com – semuanya di hujung jari anda.

Tapi bukan itu yang penulis nak kongsi lebih lanjut, ada lebih menarik tentang Bateriku.com ini. 

Bateriku.com

Dalam usaha untuk menghimpunkan peminat kenderaan serta individu yang berbakat untuk menyanyi secara rap, penyedia perkhidmatan penggantian bateri mudah alih, Bateriku.com telah mengadakan satu pertandingan Battle Rap Challenge atau #BattRap2Challenge.

Pertandingan ini telah diadakan sejak April lalu semasa rakyat Malaysia terpaksa berkurung di rumah mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP).

Usaha meraikan bakat menulis dan rapping dalam kalangan generasi millenial tidak terhenti di situ, Bateriku.com turut memberi peluang kepada pemenang untuk perform live bersama rapper Malaysia, Fariq Frequensi.

Kini sudah tiba masanya untuk mencari juara #BattRapChallenge yang dikuasakan oleh Bateriku.com. Sesebuah pertandingan tidak meriah tanpa sokongan industri. 

Pentas rap ini turut mendapat tajaan daripada jenama yang tidak asing lagi iaitu Todak Culture, Varta dan Amaron.

Bateriku.com
#BattRapChallenge

Trivia – Bateriku.com telah memberi perkhidmatan terbaik kepada lebih 400 ribu pelanggan selama enam tahun sejak mula beroperasi pada tahun 2014.


Bateriku.com
Grand Finale jam 8.30 malam ini di FB Live Bateriku.com

Seramai 10 peserta yang telah disenarai pendek akan berentap pada Grand Finale yang dijadualkan berlangsung malam ini tepat jam 8.30 malam.

Susulan peningkatan kes Covid-19, Bateriku.com menggalas tanggungjawab sepenuhnya untuk mematuhi setiap arahan serta SOP yang ditetapkan.

Tonton Live di Facebook Bateriku.com

Oleh itu, Bateriku.com memutuskan untuk menukar pelan awal persembahan #BattRapChallenge kepada platform dalam talian termasuk Facebook Live dan Zoom.

Semua peserta bakal berentap di Grand Finale secara online dan diadili oleh rappers tempatan seperti Firdaus Sora, Fariq Frequensi serta Killa Driz.

Barisan rappers ini juga akan mempersembahkan nyanyian rap mereka pada penghujung pertandingan sebelum pemenang diumumkan.

Bateriku.com

Pemenang #BattRapChallenge akan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan Todak Alpha Gaming Chair selain hadiah bernilai RM1,000 dari Bateriku.com.

Selain itu, empat persembahan terbaik turut menerima hadiah daripada barisan penaja yang terlibat.

Bagi memeriahkan lagi Live Grand Finale ini, Bateriku.com akan memberikan lucky draw kepada penonton bertuah. Wakil media pula bakal menerima baucer dari Bateriku.com. Menarik! 

Orang ramai jangan lepaskan peluang untuk mengikuti akaun rasmi Bateriku.com bagi mendapatkan pengumuman secara kemaskini mulai sekarang hingga 8.30 malam ini!

Butiran lanjut mengenai #BattRap2Challenge Grand Finale seperti di bawah;

Bateriku.com
Todak Alpha Gaming Chair & hadiah menarik lain
Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!