Covid-19: GSC Menutup Dua Cawangan Mereka Untuk Selama-lamanya
Share

Satu pengumuman yang menggemparkan dan menyedihkan bagi peminat Golden Screen Cinema (GSC) kerana mereka bakal menutup dua cawangan untuk selama-lamanya.
Kenyataan tersebut dipaparkan sendiri oleh pihak GSC menerusi laman Twitter rasmi mereka di mana dua cawangan tersebut ialah GSC Cheras Leisure Mall dan GSC Berjaya Times Square.
– Kenyataan dari pihak GSC; GSCinema –
Pihak GSC terpaksa membuat keputusan tersebut disebabkan peningkatan kes covid-19 yang semakin tidak terkawal.
Rata-rata netizen mengungkapkan rasa sedih dengan berita tersebut di laman twitter dan berkongsi memori mereka di GSC tersebut.
GSC juga turut menzahirkan rasa setinggi-tinggi penghargaan mereka terhadap masyarakat yang menonton filem di dua cawangan tersebut dan menyokong perjalanan mereka.
[Sumber: Kosmo]