Guna Pocong Bagi Tujuan Mendidik, Daerah Malang, Jawa Timur Bertukar Menjadi 'Kota Hantu' );

Type to search

Adamedia Isu Best

Guna Pocong Bagi Tujuan Mendidik, Daerah Malang, Jawa Timur Bertukar Menjadi ‘Kota Hantu’

Share
pocong

Sebuah daerah di Indonesia dilaporkan telah menggunakan kaedah yang unik dalam menerapkan langkah-langkah pengendalian virus COVID-19.

Siapa sangka dengan menggunakan pocong sebagai alat untuk mendidik penduduk mereka telah menjadikan daerah Malang bertukar menjadi ‘Kota Hantu’

Kaedah ini dilakukan setiap hari sepanjang berlangsungnya lockdown di Kota Malang. Semua lampu jalan protokol akan akan dimatikan secara automatik.

kota hantu

Sumber: iNews

Ini telah menjadikan suasana lebuh raya di tempat awam menjadi gelap gelita.

Lebih menyeramkan lagi apabila rombongan keranda jenazah dan pocong diletakkan di jalanan bagi menghentikan aktiviti berkumpul secara beramai-ramai. 

Amaran bahaya COVID-19 dan kepentingan vaksinasi

kota hantu

Sumber: iNews

Seperti yang dilaporkan oleh portal berita di Indonesia, terdapat empat pocong dewasa dan satu pocong bayi yang memberi amaran kepada pemandu kenderaan di Jalan Besar Ijen, Jalan Sukarno Hatta, Jalan Ahmad Yani sehingga sempadan Kota Malang dari Singosari.

Ketua Polis Trafik Kota Malang AKP Yoppi Anggi Khrisna berkata pocong adalah idea kreatif yang dimulakan oleh Ketua Polis Jawa Timur.

Selain dapat memberikan kejutan kepada penduduk, kaedah ini dianggap berkesan dalam mendidik masyarakat mengenai bahaya COVID-19 dan pentingnya vaksinasi.

“Terutama pada masa ini, ramai yang terkorban akibat penyakit ini,” jelas Yoppi.

Jika penduduk masih lalai, nasib mereka akan seperti pocong yang diibaratkan sebagai mangsa COVID-19 yang gagal patuh pada protokol kesihatan.

“Jadi orang ramai perlu sedar bahawa ini bukan penyakit yang main-main,” tegasnya lagi.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!