Tragedi Gunung Semeru, Jasad Anak & Ibu Ini Ditemui Mati Dalam Keadaan Berpelukan );

Type to search

Adamedia Isu Best

Tragedi Gunung Semeru, Jasad Anak & Ibu Ini Ditemui Mati Dalam Keadaan Berpelukan

Share

Letusan Gunung Semeru yang berlaku pada sabtu lalu nyata meninggalkan kesan mendalam buat masyarakat di negara Indonesia.

Menurut data yang dikeluarkan BNPB, seramai 56 orang tercedera, 17 orang hilang manakala 34 orang dilaporkan maut.

Misi pencarian masih diteruskan hingga ke hari ini dan yang terbaru, jasad seorang ibu dan anak dalam keadaan saling berpelukan telah ditemui dalam runtuhan rumah di Desa Curah Kobokan.

jasad

Mangsa merupakan seorang wanita berusia 28 tahun dikenali sebagai Rumini dan ibunya, Salmah yang berusia 70 tahun.

Penemuan tersebut mendapat liputan meluas di negara seberang berikutan kisah sedih yang dikongsikan salah seorang saksi semasa kejadian letusan itu berlaku.

 

jasad

Menurut penduduk setempat, semasa letusan berlaku Rumini mengalami dilema sama ada untuk menyelamatkan diri atau menemani ibunya yang uzur itu menghadapi letusan tersebut.

Namun, rasa sayang dan cinta pada ibunya melebihi rasa sayang pada dirinya. Rumini memilih untuk setia di sisi ibunya ketika orang ramai cuba menyelamatkan diri.

Jasad Rumini dan Salamah ditemukan pihak keluarga di bahagian dapur rumahnya dalam keadaan berpelukan.

jasad

Kes berkenaan di ilustrasikan dalam sebuah lukisan yang menampilkan situasi berpelukan mendiang Rumini dan ibunya Salamah.

Semoga segala urusan pencarian mangsa yang hilang dapat ditemui semula dan diharap agar penduduk di sana tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri mereka.

 

[Sumber: tribunnews]

 

Baca Juga: “Seorang Demi Seorang Tumbang, Muntah Darah, 9 Sekeluarga Alami Keracunan Akibat Makan Cendawan Beracun

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!