Suka Main Gusti Bantal? ‘The Pillow Fighting Championship’ Kini Dipertandingkan Secara Kompetitif );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Suka Main Gusti Bantal? ‘The Pillow Fighting Championship’ Kini Dipertandingkan Secara Kompetitif

Share
bantal

Suatu ketika dahulu, anda mungkin pernah bermain gusti bantal bersama adik-beradik mahupun sedara mara di kampung.

Namun bermula tahun hadapan, aktiviti yang dahulunya dimainkan secara santai kini telah dipertandingkan secara kompetitif di peringkat global.

Kejohanan Pertarungan Bantal (PFC) akan bersiaran secara langsung di Florida bermula 29 Januari 2022.

bantal

Ketua Pegawai Eksekutif PFC, Williams berkata walaupun peserta lelaki dan wanita kebanyakannya berasal dari dunia MMA dan tinju, kanak-kanak masih boleh tidur lena selepas melihat pertarungan ini.

“Satu-satunya perbezaan antara pergaduhan kami dan pergaduhan MMA ialah tiada siapa yang cedera.

“Para peserta tidak suka terluka, dan ramai yang tidak mahu melihat darah. Mereka mahu melihat persaingan yang baik, bukannya keganasan,” katanya.

bantal

Perlawanan selama tiga pusingan akan tersedia untuk ditonton pada platform penstriman sukan FITE.

Setiap peserta juga perlu dilengkapi dengan kostum masing-masing dan semestinya perlu membawa sarung bantal mereka sendiri.

Kalau korang tak puas main dengan adik beradik di rumah, bolehlah sertai kejohanan ini nanti. Pakai bantal je, takda sampai luka berdarah kan?

 

[Sumber: penlive]

 

Baca Juga: Pelari Maraton Sambil ‘Bawa Otak’, Mahu Pecah Rekod Dunia

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!