Hachijo Royal Hotel - Hotel Gah Yang Ditinggalkan - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Hachijo Royal Hotel – Hotel Gah Yang Ditinggalkan

Avatar
Share

Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari!” Itu yang dapat dikatakan tentang nasib yang menimpa Hachijo Royal Hotel yang dahulunya pernah menjadi antara hotel terbesar di Jepun.

Pernah melalui zaman gemilang namun tidak berpanjangan. Hotel yang terletak di Pulau Hachijojima, 300 km dari Tokyo ini terbiar tidak berpenghuni akibat pengenalan polisi luar negara yang diperkenalkan kerajaan Jepun satu ketika dahulu.

Ikuti perkongsian Zunita Ramli tentang hotel yang pernah menjadi popular di Jepun ini. Zunita merupakan rakyat Malaysia yang sudah beberapa tahun menetap di Jepun. Zunita juga merupakan pengasas dan pemilik Tokyo Organic HQ serta pengedar rasmi bagi Meiko Malaysia.

Para pembaca juga boleh mengikuti tulisan-tulisan terkini Zunita tentang pengalaman hidup di Jepun melalui laman Facebook miliknya Fb-Zunita.

Hachijo Royal Hotel dibuka pada tahun 1963, berkonsepkan seni bina Perancis dan Greek yang pernah menjadi tumpuan ramai pelancong pada suatu ketika dahulu.

Ini kerana sebelum tahun 1964, kerajaan Jepun mengetatkan undang-undang ke luar negara menjadikan pelancongan domestik berkembang pesat. Tetapi selepas undang-undang tersebut dibubar, ramai rakyat Jepun mula melancong ke luar negara menjadikan Hachijo Royal Hotel mula dilupakan dan terbiar.

Hachijo Royal Hotel ditutup secara rasmi pada 2006, meskipun pelbagai usaha untuk “menghidupkannya”, gagal. Kini hotel ini menjadi tumpuan penggemar “haikyo” iaitu penggemar barangan yang musnah.

Foto | Natalia Sobanska
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!