Ganja, Senjata Api & US$1 Juta Antara Hadiah Bagi Penerima Vaksin Di Amerika Syarikat );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Ganja, Senjata Api & US$1 Juta Antara Hadiah Bagi Penerima Vaksin Di Amerika Syarikat

Share
mega vaksin

Sehingga kini, hampir satu pertiga penduduk dewasa di Amerika Syarikat telah mendapatkan vaksin Covid-19, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Jumlah pemberian dos harian bagaimanapun semakin berkurang kerana masih ramai yang tidak mahu mendapatkan vaksin sehingga beberapa klinik vaksinasi besar-besaran telah mula ditutup.

Melihat kepada perkara tersebut, banyak negeri di AS kini mula menjalankan inisiatif sendiri dengan menawarkan pelbagai insentif yang menarik kepada mereka yang sudah divaksin.

Bermula dengan hadiah kecil seperti donat dan bir percuma, pihak berkuasa negeri dan syarikat-syarikat tempatan kini mula menawarkan hadiah ‘mega’ seperti wang tunai berjumlah sehingga US$ 1 juta. Bukan itu sahaja, ada juga pihak yang menawarkan hadiah ‘unik’ seperti ganja dan senjata api percuma.

Berikut adalah antara hadiah yang ditawarkan di beberapa negari di Amerika Syarikat:

 

California

Super Duper Burgers di San Francisco akan memberikan kentang goreng percuma kepada pelanggan yang menunjukkan bukti vaksinasi.

 

Connecticut

Minuman percuma di restoran yang mengambil bahagian.

 

Illinois

Pihak berkuasa bekerjasama dengan pemberi vaksin di Kompleks Menembak dan Rekreasi Dunia untuk menyediakan 100 sasaran menembak percuma bagi mereka yang menerima vaksin COVID-19 di tempat tersebut.

 

Maryland

US$100 insentif bagi penjawat awam yang menambil vaksin.

 

Michigan

Pihak berkuasa Detroit akan memberikan kad debit Mastercard bernilai US$50 kepada mereka yang membawa dari bandar lain untuk mengambil vaksin.

Sebuah makmal ganja di Michigan, The Greenhouse of Walled Lake menawarkan sebatang ganja kepada mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang telah mendapatkan vaksin.

 

New Jersey

Bir percuma bagi mereka yang mendapat dos vaksin COVID-19 pertama mereka pada bulan Mei dan menunjukkan kad vaksin.

 

New York

Mereka yang mendapatkan vaksin di American Museum of Natural History akan mendapat tiket masuk percuma ke muzium tersebut.

Nathan’s Famous menawarkan hot dog percuma kepada pelanggan yang sudah divaksin.

Junior’s Restaurant akan memberi kek keju mini kepada mereka yang menunjukkan bukti vaksinasi sehingga hari Memorial.

 

Ohio

Sepanjang bulan April, Chagrin Cinemas di Cleveland menawarkan popcorn percuma kepada pelanggan yang telah divaksin.

Market Garden Brewery di Cleveland menawarkan bir dengan harga 10 sen kepada sesiapa sahaja yang membawa bukti vaksinasi mereka.

Pihak berkuasa menawarkan lima loteri mingguan bernilai US$1 juta kepada penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Cabutan mingguan pertama akan diadakan pada 26 Mei.

 

Tennessee

Bandar Memphis akan mengadakan loteri bagi mereka yang mendapatkan vaksin di Shelby County sepanjang bulan Mei. Hadiah utama berupa sebuah kereta baru.

 

West Virginia

Pihak berkuasa menawarkan bon simpanan bernilai US$100 kepada penduduk berusia 16 hingga 35 tahun yang telah mendapatkan vaksin.

Loteri bernilai US$1 juta dengan seorang pemenang akan dipilih setiap minggu. Cabutan hadiah utama bernilai US$1.58 juta serta tempat kedua (US$588,000) akan dilakukan pada 4 Ogos . Juga terdapat cabutan bertuah untuk memenangi 5 raifal memburu dan 5 senapang memburu.

Pihak berkuasa turut menawarkan dua biasiswa penuh selama empat tahun di mana-mana institusi di negeri ini untuk pelajar berusia antara 12 hingga 25 tahun.

Sumber: Governing
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!