);

Type to search

Adamedia Infotainmen Lifestyle Pilihan Adamedia Pilihan Editor

Hanya Kongsi Kemahiran Survival Dalam Hutan, YouTuber Ini Terima Gold Awards Dengan 3.71 Juta ‘Subscribers’

Share
  • Jungle Survival mempunyai subscribers seramai 3.71 juta di YouTube sejak akaun ini dibuka pada 23 Julai 2014.
  • Video yang dimuatnaik menerusi saluran ini sebanyak 114 & mendapat tontonan lebih 401 juta views.
  • Kesemua video yang dikongsikan lebih terarah kepada Jungle Survival atau survival di dalam hutan.

Jika Malaysia sedang hangat dengan channel Sugu Pavitra sepanjang tempok Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lain pula kisah di Thailand.

Terkenal dengan penghasilan video menarik untuk tujuan survival di dalam hutan secara harmoni tanpa memusnahkan alam sekitar.

Tidak dinafikan, penulis sendiri pernah terbuka channel Jungle Survival secara tidak sengaja.

Jungle Survival
Jungle Survival

Tanpa disedari, sudah 15 minit layan episod penuh How To Build House, Underground Tunnel, Under Water Well House, Swimming Pool Slide.

Jungle Survival mengisahkan tentang dua sahabat yang mengamalkan cara hidup primitif atau lebih sinonim, orang asli di kawasan pendalaman sekitar Thailand.

Lebih membanggakan, usaha mereka ini mendapat sokongan serta tontonan jutaan orang di YouTube sehingga menerima pengiktirafan dan verified account.

Jika tidak silap penulis, duo orang asli ini telah diberikan YouTube Play Buttons pada awal Januari lalu.

Saluran Jungle Survival turut dianugerahkan The Gold Creator Awards selepas berjaya mendapat 1 Juta subscribers.

Jungle Survival
Dua orang penting Jungle Survival
Jungle Survival
YouTube Play Buttons & The Gold Creator Awards

Jangan pandang rendah dengan content primitive living.

Biarpun kandungan berkonsep kreativiti dan seni menerusi pembinaan rumah, kolam renang, terowong bawah tanah, rumah telaga di bawah air, gelongsor kolam dan sebagainya, akaun ini mampu menjana pendapatan keseluruhan sebanyak $ 148K – $ 890K (RM600 ribu-RM3 juta) – (Sumber)

Underground Swimming Pool Mansion
Grass Thatch Bamboo Hut with Lovely Swimming Pool

Menariknya, konsep Jungle Survival ini cukup mesra alam sekitar. Mereka tidak menggunakan advance tool hanya pisau sabit serta bahan tersedia sekitar lokasi penghasilan video.

Antara bahan-bahannya natural vines (tanaman asli), buluh, lumpur, rumput kering, kayu api dan beberapa pewarna semula jadi.

Tanpa membuang masa, penulis sarangkan anda layan beberapa video trending yang mendapat tontonan paling tinggi, sekitar 28 juta views setakat hari ini.


Building The Most Mysterious Deep Hole Underground Swimming Pool

Weekend ni jom bermalam dalam semi glamping tepi sungai di Janda Baik – baca di sini

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!