Hari Malaysia - 5 Fakta Anda Wajib Tahu ! - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Infotainmen

Hari Malaysia – 5 Fakta Anda Wajib Tahu !

Share

Hari Malaysia merupakan hari yang disambut bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh 1963. Ia menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Tarikh 16 September merupakan tarikh yang bersejarah buat rakyat Malaysia. Perayaan seperti ini dapat memupuk semangat patriotik dan perpaduan yang tinggi di kalangan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.

Tetapi, tahukah anda fakta yang menarik mengenai Hari Malaysia ? Di sini ada 5 fakta yang wajib anda tahu :

1. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Namun begitu, Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963 di Stadium Kuala Lumpur

2. Tunku Abdul Rahman melaungkan ‘Merdeka’ sebanyak 7 kali selepas membaca pengisytiharan Malaysia seperti mana pada Hari Kemerdekaan Malaysia

3.Bapa pengasas Singapura dan Perdana Menteri pertama Kota Singa yang disegani iaitu mendiang Lee Kuan Yew merupakan penyokong kuat dalam penggabungan Singapura sebagai sebahagian daripada Persekutuan Malaysia. Walau bagaimanapun, Singapura telah meninggalkan persekutuan tersebut dua tahun selepas tarikh penubuhan iaitu pada tahun 1965, ekoran peningkatan ketegangan antara kaum Cina dan Melayu lalu kini membentuk negara berdaulat Singapura.

4. Hari Malaysia hanya disambut di Sabah dan Sarawak untuk meraikan secara rasmi hari kemerdekaan dua negeri tersebut daripada jajahan British. Tetapi, Hari Malaysia kini disambut oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk di Semenanjung setelah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengistiharkan pada tahun 2010 bahawa tanggal 16 September adalah cuti umum buat semua.

5. Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan akan disambut dengan pelbagai tema dan logo yang terpilih untuk menggambarkan semangat patriotik dan perpaduan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Ini bertujuan untuk memupuk kepentingan perpaduan serta semangan cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!