Harimau Di Bronx Zoo, New York Positif Covid-19, Kes Pertama Di Dunia! Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Harimau Di Bronx Zoo, New York Positif Covid-19, Kes Pertama Di Dunia!

Share

Seekor harimau spesies Malayan Tiger di Bronx Zoo di dapati positif Covid-19 dan keputusan ujian tersebut telah disahkan oleh National Veterinary Services Laboratory di lowa.

Harimau yang bernama Nadia itu dipercayai berjangkit daripada salah seorang penjaga zoo di situ.

Pasukan veterinar Bronx Zoo menjalankan diagnos dan ujian darah terhadap Nadia selepas harimau tersebut menunjukkan simptom batuk kering pada 27 Mac lalu.

Harimau berusia empat tahu itu menjalani ujian Covid-19 pada 2 April lalu berikutan pandemik Covid-19 yang turut melanda bandar New York.

Mereka menghantar sampel Nadia ke New York State Diagnostic Laboratory di Cornell University dan University of Illinois College of Veterinary Medicine Veterinary Diagnostic Laboratory.

Menurut Paul Calle yang merupakan ketua doktor haiwan di zoo tersebut berkata ini merupakan kes pertama haiwan liar dijangkiti Covid-19 daripada manusia.

Calle berkata, ujian tersebut berlainan daripada ujian kesihatan yang dijalankan kepada manusia dan dilaksanakan dalam makmal yang mengkaji sampel haiwan.

Hasil ujian tersebut mengejutkan pihak zoo dan menimbulkan persoalan tentang jangkitan virus terhadap haiwan.

Bronx Zoo telah ditutup untuk orang awam sejak 16 Mac 2020 yang lalu akibat pandemik Covid-19 yang turut melanda bandar New York.

Pengarah Bronx Zoo, Jim Breheny berharap penemuan ini dapat menyumbang kepada dunia untuk melawan virus yang menyebabkan Covid-19.

Kajian akan dilaksanakan dengan lebih mendalam untuk menjawab persoalan yang muncul akibat kes tersebut kerana sebelum ini tiada bukti kukuh transmisi virus antara haiwan dan manusia.

Calle berharap penemuan dan hasil kajian dapat membantu zoo, institusi serta masyarakat dunia memahami virus ini dengan lebih baik.

Dr. jane Rooney dari United States Department of Agriculture (USDA) berkata, setakat ini tiada bukti langsung haiwan boleh menyebarkan virus tersebut kepada manusia.

Pihak berkuasa pertanian di Hong Kong pula menyimpulkan bahawa haiwan peliharaan tidak menjangkiti manusia namun berpotensi positif sekiranya close contact dengan individu positif.

World Organization for Animal Health yang berpangkalan di paris menyatakan para pengkaji cuba memahami kepekaan haiwan berlainan spesies terhadap virus dan menentukan cara penyebaran di kalangan haiwan.

Sebelum ini beberapa haiwan domestik seperti Pomeranian dan German Shepherd di Hong kong, kucing di Belgium diuji positif SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan Covid-19.

Diharapkan kes seperti ini membuatkan masyarakat dunia lebih berhati-hati, elakkan kontak rapat dengan haiwan peliharaan sekiranya positif Covid-19.

Pastikan kebersihan diri, rumah dan haiwan peliharaan terutamanya selepas mengendalikan mereka.

 

Sumber: The New York Time / National Geographic / The Guardian / BBC News

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!