Masih Tiada Penyelesaian, Hartal Doktor Kontrak 2.0 Bakal Dilaksanakan Tidak Lama Lagi );

Type to search

Adamedia Isu Best

Masih Tiada Penyelesaian, Hartal Doktor Kontrak 2.0 Bakal Dilaksanakan Tidak Lama Lagi

Share

Empat bulan yang lalu, isu doktor kontrak menjadi topik hangat apabila rata-rata daripada mereka bangkit dan menzahirkan rasa kekecewaan akibat peranannya yang masih dipulaukan oleh pihak bertanggungjawab.

Ianya dilaksanakan melalui satu gerakan mogok yang dijalankan oleh kumpulan Hartal Doktor Kontrak bagi memberi kesedaran pada mereka yang turut menerima nasib sama untuk membantah pihak atasan.

Namun sehingga ke hari ini, kerajaan dilihat masih gagal menjamin keselamatan pekerjaan dan faedah di tempat kerja yang selayaknya.

hartal

Susulan pembentangan Belanjawan 2022 baru-baru ini, penyelesaian masalah ini dilihat masih lagi kabur dengan tiada sebarang tindakan daripada pihak kerajaan

Berpunca daripada itu, Gerakan Hartal Doktor Kontrak (HDK) 2.0 akan dilaksanakan pada 2 Disember depan.

Berdasarkan belanjawan yang diumumkan minggu lalu, seramai 10,000 orang doktor kontrak pelatih mungkin akan dilanjutkan dua tahun lagi namun tiada bajet terperinci untuk pengambilan lebih ramai doktor sepenuh masa. 

Sekretariat Gerakan HDK dalam kenyataannya menegaskan Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Aziz tidak memandang serius isu doktor kontrak dan masalah sistem kesihatan di negara ini.

hartal

“Gerakan HDK merasakan tiada langkah tanggungjawab penuh diambil oleh kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini.

“Tawaran yang diberikan tidak masuk akal dan hanyalah sebuah langkah membuang masa.

“Doktor kontrak telah memerangi COVID-19 selama dua tahun, namun pengorbanan kami tidak dihargai,” katanya.

hartal

Berdasarkan rekod, kini terdapat kira-kira 23,000 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi yang dilantik secara kontrak.

Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera oleh pihak bertanggungjawab bagi membela nasib doktor kontrak di Malaysia.

[Sumber: malaysiadateline]

Baca Juga: Waterco Malaysia Bantu Pulih Masalah Air Kotor Perkampungan Orang Asli Di Pahang


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini

hantar artikel
Tags:

You Might also Like

2 Comments

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!