Hero 'Flying Kick' Terima Anugerah & Tawaran Bekerja - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Hero ‘Flying Kick’ Terima Anugerah & Tawaran Bekerja

Avatar
Share

Video yang tular di media sosial mengenai seorang lelaki yang membantu mangsa ragut dengan membuat ‘flying kick’ mendapat perhatian dan pujian daripada semua orang.

Pembantu penguatkuasa yang dianggap sebagai ‘hero’ diatas keberanianya mendapat penghargaan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)

Shazrin Hafeez Fadlan, 26, menerima sijil penghargaan, wang tunai RM1,000 dan tawaran jawatan Pembantu Kesihatan Awam (berstatus tetap) U19 di MBJB.

“Sijil penghargaan kepada Shazrin Hafeez Fadlan disampai oleh YAB Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad sempena lawatan beliau ke pejabat baharu MBJB” Kenyataan oleh Makmur Johor.

Satu rakaman video tular di media sosial menujukkan seorang individu meragut beg tangan seorang wanita pada jam 12.45 tengah hari di Taman Mount Austin.

Shazrin Hafeez Fadlan bertindak dengan pantas memberi “flying kick” kepada peragut terbabit kemudian dibantu oleh beberapa orang awam.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!