Hospital Sudah Mula Pilih Pesakit, Pemuda Ini Cerita Ibu Jadi 'Korban' Untuk Beri Laluan Kepada Pesakit COVID-19

Type to search

Adamedia Isu Best

Hospital Sudah Mula Pilih Pesakit, Pemuda Ini Cerita Ibu Jadi ‘Korban’ Untuk Beri Laluan Kepada Pesakit COVID-19

Share
Hospital pilih pesakit Covid-19

Awal bulan ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pernah memberi amaran mengenai situasi hospital di seluruh negara yang semakin kritikal akibat peningkatan pesakit Covid-19 sejak beberapa bulan lalu.

Beliau turut memberi amaran bahawa jika kes terus meningkat, hospital mungkin terpaksa memilih individu yang harus hidup atau sebaliknya.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter, @_NazriH, amaran Dr Noor Hisham nampaknya kini sudah menjadi kenyataan apabila ibunya terpaksa menjadi ‘korban’ untuk memberi laluan kepada pesakit Covid-19.

Ibunya, Raja Nahzar Hasnah Raja Mahmud yang menghidap penyakit batu karang terpaksa menunggu kira-kira sebulan untuk mendapatkan rawatan akibat lambakan pesakit Covid-19 yang membanjiri hospital pada masa kini.

Menurutnya, doktor tidak dapat memberi mesin pernafasan kepada ibunya kerana jumlah yang terhad

“Guna oksigen yang hospital bagi, pam guna tangan sendiri secara manual”

“Doktor beritahu mak aku dah tiada harapan”

“Doktor tak boleh nak buat apa-apa”

Dia menyifatkan situasi hospital kini ibarat harus menyelamatkan antara dua individu yang sedang lemas.

“Antara pesakit normal dan pesakit Covid-19, sudah tentu hospital akan utamakan pesakit Covid-19”

Katanya, lambakan pesakit Covid-19 di hospital turut memberi kesan kepada pesakit bukan Covid-19 untuk mendapatkan rawatan seperti ibunya.

Menurutnya, tujuan berkongsi cerita tersebut adalah untuk memberi gambaran kepada orang ramai tentang tahap kritikal hospital di Malaysia supaya dapat memberi kesedaran kepada orang ramai.

Dia turut menasihatkan orang ramai supaya tidak memilih jenis vaksin dan berpesan kepada anak-anak supaya membantu ibu bapa mereka untuk mendaftarkan diri.

Akhir sekali, sama-sama kita doakan supaya ibunya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Twitter @_NazriH
Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!