Hospital Tumpat Kini Sebagai Hospital Covid-19 );

Type to search

Adamedia Lifestyle

Hospital Tumpat Kini Dijadikan Penempatan Pesakit Covid 19

Avatar
Share

Disebabkan peningkatan kes wabak Covid-19 di beberapa negeri, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah dilaksanakan sehingga 6 Disember ini.

Pada masa sama, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengarahkan Hospital Tumpat dijadikan sebagai pusat rawatan pesakit Covid-19.

Mereka tidak lagi menerima mana-mana pesakit kecemasan melainkan kes tersebut didaftarkan sejak malam tadi.

Menurut Pengarah, Datuk dr Zaini Husin mengatakan bahawa tindakan mereka ini sebagai satu persediaan awal seandainya wabak ini menjadi lebih parah.

Kes-kes dari Unit Kecemasan dan Trauma yang memerlukan pesakit untuk menetap di dalam wad akan dipindahkan ke Hospital Pasi MAs (HPM), Hospital Tengku Anis (HTA) di Pasir Putih dan Hospital Raja Perempuan Zainan II (HRPZ2) Kota Bhru, Kelantan.

Tetapi seandainya terdapat kes kecemasan yang memerlukan rawatan segera seperti sakit jantung, sakit kritikal dan yang membahayakan nyawa mereka boleh mendapatkan rawatan di Hospital Tumpat, tetapi akan dipindahkan sekiranya pesakit terpaksa duduk di wad.

Sumber: Berita Harian

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!