Hot Wheels Legends Tour 2021 – 12 Rekaan Malaysia Bakal Bersaing Di Peringkat Akhir );

Type to search

Adamedia Lifestyle

Hot Wheels Legends Tour 2021 – 12 Rekaan Malaysia Bakal Bersaing Di Peringkat Akhir

Share

Acara ‘Hot Wheels Legends Tour’ merupakan satu siri global pencarian kenderaan rekaan khas untuk dijadikan sebagai model sebenar kereta mainan Hot Wheels.

Daripada 163 penyertaan yang diterima daripada rakyat Malaysia, 12 daripadanya telah disenarai pendek dan layak ke pusingan akhir.

Menariknya, kesemua 12 finalis anak tempatan itu menghasilkan kepelbagaian rekaan kereta berjenama dari pelbagai negara seperti Jepun, Jerman, Itali termasuklah jenama kereta Malaysia.

wheels

Berikut merupakan senarai 12 finalis Malaysia:

  • Lee Ming Hui (Audi TT MK2)
  • Sofyan Darmadi (VW Beetle Vandetta 1969)
  • Norsayang bin Ngatiman (Toyota Corolla KE10 1968)
  • Addison Victor Liew Kian Tek (Mazda RX7 SA22C 1980)
  • Jeffrey Teoh (Ferrari 430 2008)
  • Karrthikan Amerudalingam (Proton Wira 1.5GL 1997)
  • Abdul Wahab bin Bahari (Daihatsu Mira Walkthrough Van 1986)
  • Elden Schrock (Toyota Cressida 1987)
  • Mohd Iltizam bin Mohamad Sokri (Toyota Estima TCR 21 1990)
  • Tham Kheng Ming (Toyota MRS MR2 Spyder 2002)
  • Norman Ng (Porsche Boxster 981 2014)
  • Kathires Thanabal (Honda Accord 2012)

 

Setiap penyertaan dinilai berdasarkan ketulenan, tahap identiti, kreativiti, daya tarikan rekaan dan keupayaan pereka menyerlahkan ciri model sebagai kereta buatan khas yang bukan untuk bukan dibeli.

wheels

Selesai penilaian di pusingan akhir, Abdul Wahab dinobatkan sebagai juara dan akan mewakili Malaysia di pusingan separuh akhir global sekali gus berpeluang menyaksikan rekaannya diubah menjadi model kereta permainan Hot Wheels.

Abdul Wahab akan mewakili Malaysia dengan rekaan 1986 Daihatsu Mira walkthrough Van untuk bersaing dengan wakil negara lain pada 4 November depan.

Untuk ketahui lebih info berkaitan dan semasa, boleh lihat di sini

 

[Sumber: hmetro]

 

Baca: Kereta Anda Sering Rosak? Ketahui 5 Tabiat Yang Boleh Menjadi Punca Kerosakan

 


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini

hantar artikel
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!