Ibu Kejam Kurung Anak Gadisnya Di Loteng Selama 25 Tahun );

Type to search

Adamedia Isu Best

Ibu Kejam Kurung Anak Gadisnya Di Loteng Selama 25 Tahun

Share
gadis

Blanche Monnier, seorang gadis Perancis yang sangat cantik pada abad pertengahan ke-19, telah berubah menjadi sesuatu yang tidak dapat dibayangkan!

Blanche sekeluarga tinggal di kawasan kejiranan yang kaya di Poitiers, Perancis bersama abangnya, Marcel Monnier, merupakan pelajar lulusan undang-undang, juga bapanya, Emile Monnier, seorang bangsawan yang bekerja sebagai Dekan Fakulti Seni tempatan telah meninggal pada tahun 1879 serta ibunya Madame Louise Monnier, seorang dermawan terkemuka.

gadis

Kronologi kesengsaraan Blanche

Blanche Monnier terkenal dengan kecantikan fizikalnya. Pada usia 25 tahun, dia ingin mengahwini peguam yang lebih tua tapi malangnya lelaki tersebut tidak disukai oleh ibunya. Madamme Monnier yang tidak setuju marah dengan kedegilan Blanche lalu mengurungnya di sebuah loteng yang gelap di rumah mereka dengan harapan Blanche akan mengubah fikirannya.

Namun Blanche tetap memilihnya, walaupun setelah 25 tahun dia memikirkan keputusannya ketika tinggal di bilik kecil yang sama.

gadis

Dalam jangka masa yang panjang ini, Madamme Monnier dan anak lelakinya Marcel meneruskan kehidupan seharian dengan berpura-pura meratapi kematian Blanche.

Pada 23 Mei 1901, pejabat peguam negara Paris menerima surat misteri. Mesej yang tidak ditandatangani berbunyi:

Tuan Peguam Negara: Saya mempunyai kehormatan untuk memberitahu anda mengenai kejadian yang sangat serius. Saya bercakap tentang wanita yang dikurung di rumah Madame Monnier, separuh kelaparan, dan tinggal di sampah yang kotor sejak 25 tahun kebelakangan ini – dengan erti kata lain, dalam kotorannya sendiri ‘.

Terkejut dengan surat itu, polis memutuskan untuk menyiasat rumah bangsawan itu walaupun Monnier dikalangan keluarga yang disegani.

Sekumpulan pegawai masuk ke dalam rumah, menggeledah seluruh rumah dan melihat di tingkat atas terdapat pintu yang terkunci. Ketika mereka membuka kunci, bau mengerikan memenuhi hidung mereka.

Akhirnya, Blanche ditemui oleh polis ketika pertengahan umurnya dalam keadaan kurus dan kotor dengan berat sebanyak 25kg sahaja!

Selama 25 tahun, Blanche hanya makan sisa dari makanan ibunya. Hukumannya berterusan walaupun setelah kematian kekasihnya pada tahun 1885. Kisah ini turut dikongsikan oleh DailyMail.

gadis
gadis

Pesalah dan hukumannya

Madamme segera ditangkap tetapi meninggal dunia akibat serangan jantung di penjara setelah hanya 15 hari. Sebelum kematiannya, dia mengaku perlakuan tidak berperikemanusiaan terhadap putrinya, dengan kata terakhirnya, “Ah, Blanche saya yang malang!”

Abang kepada Blanche, Marcel, yang dituduh bersengkongkol dengan ibunya dalam tindakan kejam ‘kehilangan’ adiknya, kini harus diadili sendirian.

Dia pertama kali dihukum penjara 15 bulan, tetapi kemudian dibebaskan kerana dia tidak pernah menghalang secara fizikal pergerakan adiknya. Dia bahkan menyatakan bahawa Blanche sudah hilang akal dan tidak mungkin dia tidak dapat melarikan diri dari bilik itu. Itu adalah pilihannya untuk tidak bergerak, bukan kerana dia tidak diizinkan pergi.

Bagi Blanche pula, dia dimasukkan ke hospital psikiatri. Dia tidak pernah kembali hidup bermasyarakat. Semasa di hospital, Blanche dibasuh dan dipakaikan baju. Berat badannya juga bertambah sedikit tetapi dirinya masih dalam keadaan tidak waras. Blanche meninggal di hospital psikiatri 12 tahun selepas dirinya diselamatkan, pada tahun 1913.

Sangat pelik apabila fikirkan seorang ibu boleh berusaha sedaya upaya untuk menghancurkan kehidupan anak perempuannya dan mengurungnya selama bertahun-tahun.

Tak sangka juga, tiada yang mahu menyelamatkan Blanche walaupun dia banyak meminta bantuan. Cintanya bersama lelaki idaman telah ditolak mentah-mentah oleh si ibu lalu kehidupannya berubah secara tragis.

Kisah yang sungguh memilukan dan mengerikan!

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!