Selangor Lancar Aplikasi ‘iClean Selangor’ Untuk Sebarang Aduan Sampah Terbuang );

Type to search

Adamedia Infotainmen

Selangor Lancar Aplikasi ‘iClean Selangor’ Untuk Sebarang Aduan Sampah Terbuang

Share
selangor

Sampah sarap yang tidak dikutip dan dibuang di tepi jalan amat mencacatkan penglihatan sekaligus mendatangkan kesan buruk kepada negeri Selangor.

Ditambah pula dengan bau yang busuk, ianya bagai tapak pelupusan sampah yang berada di kawasan perumahan.

selangor

Dalam pada itu, kerajaan Selangor telah melancarkan sebuah aplikasi telefon pintar ‘iClean Selangor’ bagi membolehkan pengguna melaporkan sampah yang tidak terkutip di negeri ini.

Aplikasi berkenaan sudah boleh mula dimuat turun bermula 1 Jun lalu dan boleh didapatkan secara percuma di Play Store dan App Store pada telefon pintar anda.

Buat masa ini, penduduk di sekitar Klang, Selayang dan Ampang Jaya sahaja yang boleh menerima perkhidmatan tersebut dan ia dijangka akan meluaskan lagi perkhidmatannya di Selangor dalam masa terdekat.

Pengguna harus mendaftar terlebih dahulu di aplikasi berkenaan dan kemudiannya perlu mengambil gambar sampah yang tidak terkutip untuk membuat aduan.

Sebarang aduan akan dikemukakan ke pusat komando terpusat untuk direkodkan dan dipantau sebelum diambil tindakan.

selangor

Gambar yang dikirim akan ditandai secara automatik berserta lokasinya dan disampaikan kepada Penyelia Laman.

Setelah diperiksa, dalam masa 24 jam kontraktor akan datang ke lokasi yang ditetapkan untuk mengangkut sampah yang terbuang.

Jadi apa tunggu lagi? Kalau anda berada di sekitar Klang, Selayang dan Ampang Jaya, cuba perhatikan kawasan sekeliling jika ada sampah terbuang yang tidak dikutip, cepat-cepat buat laporan menggunakan aplikasi iClean Selangor.

Kalau bukan kita siapa lagi kan?

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!