Ikan 'Rare' Seberat 45 Kg Ditemukan Berhampiran Oregon Coast );

Type to search

Adamedia Isu Best

Ikan ‘Rare’ Seberat 45 Kg Ditemui Berhampiran Oregon Coast

Share
oregon

Seekor ikan berwarna-warni yang sangat ‘rare’ dan tidak pernah dijumpai di Oregon Coast itu telah dihanyutkan ke Pantai Sunset utara Seaside pada Rabu pagi.

Ikan yang dikenali sebagai Opah atau Moonfish itu, dilaporkan ke Seaside Aquarium sekitar jam 8 pagi setelah ia ditemui di Pantai Sunset yang terletak di antara pantai utara Seaside dan Warrenton.

Ikan yang cantik dan ganjil

oregon

Sumber: Facebook/Seaside Aquarium

Ketika pekerja Aquarium mengetahui tentang ikan tersebut, mereka sangat gembira kerana susah untuk melihat Opah di Pantai Oregon. 

Hal ini kerana, Opah biasanya terdapat di perairan tropika dan sederhana sahaja.

Pegawai Aquarium mengatakan di media sosial bahawa setelah melihat gambar ikan yang ‘rare’ itu, kakitangannya terus segera bertindak. 

“Ikan itu telah menyebabkan kegemparan di Aquarium di mana ramai orang mahu melihat ikan yang cantik dan ganjil'”, kata pegawai tersebut di kenyataan FB.

Penemuan Opah akan dijadikan sebagai kajian

oregon

Sumber: Facebook/Seaside Aquarium

Malangnya, ikan Opah seberat 45kg dan 106.68cm panjangnya didapati telah mati.

Oleh disebabkan ikan itu sangat ‘rare’ di Oregon, Aquarium akan menjadikan penemuannya sebagai peluang belajar dan kajian.

Ikan Opah tersebut akan dibekukan sehingga tahun persekolahan bermula. 

“Berkolaborasi dengan pengarah pendidikan Muzium Maritim Sungai Columbia, Nate Sandel, satu kumpulan dari sekolah yang bertuah berpeluang untuk membedah ikan besar ini,” kata pegawai Aquarium itu.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!