Risau Terdedah dengan COVID-19? Ikuti 4 Tip Ini Untuk Berenang Dengan Selamat Ketika Pandemik );

Type to search

Adamedia Lifestyle

Risau Terdedah dengan COVID-19? Ikuti 4 Tip Ini Untuk Berenang Dengan Selamat Ketika Pandemik

Share
berenang

Sejak dua tahun yang lalu, aktiviti berenang dianggap satu kemewahan yang sukar dinikmati kerana tidak ramai yang mempunyai kolam renang di rumah.

Hendak pula akibat pandemik, pusat sukan dan rekerasi terpaksa ditutup untuk memerangi penularan wabak COVID-19.

Sungguhpun begitu, pandemik ini telah menyedarkan kita tentang kepentingan penjagaan kebersihan terutamanya di kawasan awam bagi mengurangkan risiko jangkitan virus. Keselamatan berkaitan aktiviti air kini sering menjadi persoalan.

BACA JUGA: 8 Sunblock Terbaik Ini Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setakat ini, tiada bukti yang menunjukkan bahawa COVID-19 boleh berjangkit melalui air semasa berenang.

Walaupun virus ini tidak terbukti sebagai penyakit bawaan air dan tidak mungkin merebak di kalangan manusia melalui aktiviti rekreasi air, garis panduan keselamatan dan sanitasi kolam yang betul tetap menjadi keutamaan.

Jom kita lihat tip-tip berenang dengan selamat ketika pandemik ini.

1. Bawa bersama sanitiser tangan dan tisu sanitasi

Bersihkan tangan anda (dan teman anda) selepas menyentuh permukaan yang dikongsi untuk memastikan kebersihan.

Apabila berada di ruang awam, ia agak sukar bagi kita untuk mengelak daripada menyentuh permukaan yang terdedah.

Kita perlu mengekalkan kebersihan tangan sebaik mungkin untuk memastikan keselamatan dan oleh itu, pastikan anda membasuh tangan selepas menyentuh apa-apa permukaan atau objek di kolam renang, seperti pemegang tangga.

Selain daripada penggunaan sanitiser tangan, anda juga dinasihatkan untuk lap meja dan kerusi menggunakan tisu sanitasi. Tidak ada salahnya untuk lebih berhati-hati demi kesihatan diri.

2. Bawa set peralatan renang sendiri

Sediakan peralatan yang diperlukan terlebih dahulu untuk diri sendiri dan keluarga dan kongsikan di kalangan ahli keluarga dari rumah yang sama sahaja.

Apabila anda ingin berenang di dalam kolam, sukar untuk mengelak daripada menyentuh hidung, mata dan mulut dengan tangan anda.

Oleh itu, adalah disyorkan untuk membawa peralatan renang sendiri seperti gogal, papan tendang, pelampung dan sebagainya.

Elakkan daripada meminjam peralatan ini daripada orang lain. Memandangkan virus COVID-19 mampu menular melalui titisan salur pernafasan dan permukaan yang dikongsi.

Ia tidak selamat untuk berkongsi peralatan dengan mereka yang bukan daripada keluarga dan rumah yang sama.

3. 'Social distancing' dalam kolam

Elakkan kolam renang yang sesak atau tempah slot sebelum melawat.

Penjarakan sosial perlu dikekalkan di dalam dan di luar kolam pada norma baharu ini.

Sambil kita seronok berenang di dalam kolam, kita perlu memberi perhatian kepada penjarakan (sekurang-kurangnya enam kaki) antara orang di sekeliling kita pada setiap masa.

Anda juga boleh menghubungi pasukan pengurusan kolam terlebih dahulu untuk mengetahui lebih lanjut tentang prosedur operasi standard (SOP) dan had kapasiti mereka.

Dengan maklumat yang diperoleh, anda boleh membuat keputusan mengikut tahap keyakinan anda. Untuk menikmati keseronokan bersama rakan dan keluarga tanpa rasa bimbang tentang kontak rapat dengan orang yang tidak dikenali, anda dinasihati untuk menempah slot untuk ke kolam persendirian demi persekitaran yang lebih selamat.

4. Pakai pelitup muka apabila di luar kolam

Pakai pelitup muka apabila anda berada di luar kolam untuk mengurangkan risiko jangkitan virus.

Pemakaian pelitup muka di tempat awam dan kawasan yang sesak dapat mengurangkan risiko jangkitan sambil mengelak penularan virus.

Walaupun kita sudah hampir dua tahun hidup bersama kehadiran virus ini, ramai yang kadang-kadang terlupa untuk memakai pelitup muka.

Walaupun anda tidak boleh memakai pelitup muka ketika berenang di dalam kolam, pastikan anda memakainya setiap kali anda berada di luar kolam untuk mengurangkan risiko jangkitan.


Pembendungan penularan wabak COVID-19 memerlukan usaha semua pihak. Pihak berkuasa dan pengusaha kolam renang telah pun mengambil langkah berjaga-jaga tambahan untuk memastikan keselamatan kolam.

Kita juga harus memainkan peranan kita dan bekerjasama ketika melawat kolam demi keselamatan diri dan orang ramai supaya aktiviti kegemaran kita ini tidak lagi dilarang.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!