Indahnya Masa Kecil Tanpa Gadget, "Throwback" Top 5 Permainan Zaman Kanak-Kanak - Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Isu Best

Indahnya Masa Kecil Tanpa Gadget, “Throwback” Top 5 Permainan Zaman Kanak-Kanak

Avatar
Share

Kepada anda yang lahir pada zaman 70an dan 80an, pastinya ada pernah merasai membesar tanpa sebarang gadget di tangan anda. Sangat berbeza cara budak zaman dahulu dan budak zaman sekarang membesar.

Tetapi apa yang paling diingati memori ialah permainan yang sering kita main padan zaman dahulu. Semua mesti akan berkumpul ramai-ramai dan akan fikirkan apa yang kita akan main pada hari ini. Satu kenangan yang tidak dapat dilupakan !

Mari kita lihat, top 5 permainan kanak-kanak zaman dahulu yang mengamit kenangan .

1.Main Guli

Permainan guli ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki.Ia harus dimain di kawasan lapang dan tanah kering. Untuk memulakan permainan, pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Permain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Jika jentikan tidak terkena ia dikira mati. Dan begitulah seterusnya.

2. Main Teng Teng

Permainan teng teng ini pula biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan. Gelanggang teng teng hanya perlu dilukiskan petak-petak kosong. Bagi memainkan pemainan, pemain hendaklah mencampak batu atau apa-apa sahaja yang ada dengan cara membelakangi petak. Pemain hendaklah melompat ke dalam semua petak dengan sebelah kaki sahaja kecuali di petak ke sembilan. Ia perlu dilakukan dengan kedua-dua belah kaki. Dan begitulah seterusnya

3. Baling Selipar

Permainan ini tidak memerlukan padang yang luas. Tetapi ia bergantung kepada berapa orang pemain semasa itu. Selipar perlulah disusun menegak seperti bentuk piramid. Dan sebelah lagi selipar akan dipegang oleh pemain. Caranya mudah sahaja, pemain perlu membaling selipar yang ada bersamanya ke sepilar yang disusun menegak. Sekiranya pemain pertama tidak berjaya ia akan diikuti oleh pemain seterusnya. Dan jika balingan yang dibuat mengena pada selipar dan susunan jatuh, pihak lawan akan membaling kepada kumpulan pemain yang membuat balingan tadi. Pihak yang membuat balingan tadi perlu menyusun semula susunan selipar tadi dan sekiranya berjaya, kumpulan tersebut akan membuat balingan kembali.

4.Baling Tin

Baling tin merupakan permainan seakan-akan main bowling. Ia dimulakan dengan menyusun tin-tin kosong dari bahagian bawahnya dengan susunan empat, tiga, dua dan satu. Pelontar akan memulakan mainan dengan wakil pasukan yang akan melontar mengenai susuan tin tersebut

5.Pukul Berapa Datuk Harimau

Permainan ini merupakan salah satu permainan yang sangat menakutkan. Kerana mereka akan dimakan oleh harimau yang mengejar mereka. Pilih salah seorang daripada rakan untuk menjadi harimau. Kanak-kanak lain akan berdiri di belakang harimau dan kanak-kanak di belakang sekali akan menjerit “pukul berapa datuk harimau” dan datuk harimau akan menjawab “pukul 1″atau “pukul 3” Tetapi apabila datuk harimau jawab “pukul….. aku lapar” maka dia akan mengejar kanak-kanak tersebut.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!