KKKM Bangkit & Lonjakkan Semula Industri Kraftangan Malaysia );

Type to search

Adamedia Isu Best

KKKM Bangkit & Lonjakkan Semula Industri Kraftangan Malaysia

Share
kraftangan

Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang menganjurkan Komuniti Kraf Keluarga Malaysia (KKKM) bermula hari ini hingga 6 Disember di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

KKKM 2021 ini adalah manifestasi hasrat dan komitmen kerajaan dalam meningkatkan usaha bagi memudahkan cara pelaksanaan program dan memastikan komuniti kraf bangkit semula.

Dalam pada masa yang sama, dapat melonjakkan kembali industri kraf untuk wujudkan peluang pekerjaan serta menjana pendapatan.

BACA JUGA: Pemuda Ini Ilustrasikan Pek Maggi Pada Kasut Jordan Air 4

Konsep penganjuran KKKM 2021 ini adalah untuk himpunkan kembali komuniti kraf atau kraftangan di bawah payung Keluarga Malaysia dalam memastikan komuniti kraf bangkit semula.

Dengan tema ‘Kraf Penyatuan Keluarga Malaysia’ yang membawa maksud kekuatan dan keutuhan rantaian industri kraf bersama-sama dalam mengharungi kesan pandemik.

Penyatuan keluarga Malaysia dapat diterjemahkan dengan wujudnya Komuniti Kraf dalam meraikan kebersamaan sebagai sebuah keluarga besar kraf untuk kukuhkan kembali industri ini.

Antara pengisian menarik di sini;

1.Eksposisi Komuniti Kraf – Demonstrasi Pembuatan Produk Kraf Komuniti, Jualan Produk Komuniti, Jumbo Sale, Sesi Komuniti Bersama Usahawan Craft Champion, Seminar Kraf dan Penyampaian Insentif Usahawan Kraf

2.Craft Showcase – jualan kraf, pameran MYCRAFTSHOPPE, pameran Virtual Hari Kraf Kebangsaan 2021

3. Watikah Pelantikan Adiguru Kraf

4. PASAREKA – pameran rekaan, pengembangan ilmu dan kerjasama pintar, Webinar Antarabangsa ‘Kelestarian dalam Kraf’

Seramai 300 usahawan dan komuniti kraf dijangka berhimpun dalam Program KKKM 2021 dan sasarkan nilai jualan sebanyak RM3.0 juta dengan kedatangan seramao 20,000 orang pengunjung sepanjang 6 hari program berlangsung.


Ada cerita yang menarik untuk dikongsikan kepada pembaca? Jom hantarkan artikel korang pada kami. Untuk ketahui syarat-syarat penghantaran, korang boleh klik di sini.

hantar artikel
Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!