Ini Cara Bagaimana Seorang Youtuber Mendapat Bayaran Mereka - Verst Adamedia

Type to search

Adamedia Infotainmen

Ini Cara Bagaimana Seorang Youtuber Mendapat Bayaran Mereka

Share

Zaman ini kita tidak pelik ramai yang mula berjinak-jinak di dalam alam ‘vlogging’ atau menjadi seorang youtuber. Kerjaya ini dikatakan sangat fleksibel serta para youtuber bebas untuk kongsikan ‘content’ yang mereka ingin sampaikan. Selain dari semua itu, bayaran yang diterima oleh para youtuber juga dikatakan sangat lumayan.

Tetapi pernahkah anda terfikir bagaimana seorang youtuber mendapat bayaran mereka?

Source: Pexels

Jumlah yang diperoleh oleh youtuber pada 1 tontonan

Mengikut kepada beberapa sumber, seorang youtuber mendapat bayaran mereka mengikut kepada tontonan yang diperoleh dalam 1 video. Jika youtuber tersebut menggunakan AdSense, mereka akan mendapat 0.01$ sehingga 0.03$ untuk 1 tontonan.

Namun untuk mendapat bayaran daripada pihak Youtube sendiri, mereka akan mengambil kira beberapa faktor terlebih dahulu seperti:

  • Jumlah tontonan pada 1 video
  • Jumlah tekan pada ad di video tersebut
  • Kualiti iklan
  • Penyekat iklan
  • Panjang video
Source: Pexels

Jumlah yang diperoleh oleh youtuber pada 1000 tontonan

Jika seorang youtuber boleh mendapat 0.01$ sehingga 0.03$ untuk 1 tontonan iklan, untuk 1000 tontonan iklan pula mereka boleh mendapat dalam 18$ manakala 1000 tontonan video pula mendapat dalam $3 sehingga $5.

Ini bermaksud, untuk mendapat bayaran yang lumayan daripada youtube bukanlah perkara yang mudah. Para youtuber harus memikirkan idea yang kreatif yang mana boleh menarik penonton yang ramai.

Source: Pexels

Jumlah yang diperoleh oleh youtuber pada 1 subscriber

Youtube tidak akan bayar pada jumlah subscriber. Subscriber ini hanyalah mereka yang ingin ikuti akaun youtuber supaya lebih mudah untuk mereka mengikuti apa-apa kemas kini yang dilakukan pada akaun tersebut.

Namun begitu, ia tidak bermaksud bahawa jumlah subscriber tidak perlu diambil kira. Subscriber juga penting kerana mereka akan bagi like, komen serta naikkan tontonan pada video-video yang di muatnaik oleh para youtuber.

Jadi para youtuber harus sentiasa mencari idea yang kreatif serta fresh agar ia dapat menarik para penonton dengan lebih ramai.

Jumlah yang diperoleh oleh youtuber pada 1 video

Jumlah yang diperoleh pada 1 video bergantung kepada pelbagai faktor seperti jumlah tontonan yang mereka kumpulkan dan berapa banyak iklan Google yang dipaparkan sepanjang video mereka. Dengan menggunakan anggaran kadar gaji Forbes sebanyak $5 setiap 1000 tontonan, video Youtube dengan 1 000 000 tontonan dapat menghasilkan lebih dari $5000.

Namun, seperti yang dinyatakan sebelum ini, perkara di atas hanya anggaran semata-mata kerana ia juga akan bergantung kepada kualiti iklan, kadar klik lalu dan beberapa faktor yang lain.

Source: Pexels

Berapa banyak tontonan yang diperlukan supaya youtuber dapat dibayar

Untuk mendapat bayaran oleh youtube, youtuber perlu mencapai baki $100 atau mencapai tontonan yang banyak. Ini bermakna youtuber perlu kumpulkan sebanyak 20 000 tontonan jika mereka menerima sebanyak $5 untuk setiap 1000 tontonan.

Untuk kemudahan, pihak Youtube telah membuat Program Rakan Youtube, yang mungkin membolehkan para youtuber dibayar melalui iklan di halaman youtube mereka. Untuk diterima dalam Program Rakan Kongsi Youtube, terdapat beberapa syarat yang anda perlu tepati:

  • Sekurang-kurangnya mempunyai 1000 subscriber
  • Mencapai 4000 jam tontonan umum yang sah dalam 12 bulan terakhir
  • Tandatangan dan setuju dengan terma dan syarat
  • Mempunyai akaun AdSense
  • Dapatkan semakan dan kelulusan

Sebaik sahaja mereka telah mengikuti program ini, mereka mula mendapat bayaran melalui iklan. Perkara ini dapat dilakukan dengan 2 cara iaitu kos per seribu tontotnan (BPS) atau kos per klik (BPK).

Dengan BPS, youtuber tersebut akan memperoleh wang berdasarkan setiap 1000 tontonan yang dikumpulkan, manakala BPK pula mereka akan memperoleh bayaran berdasarkan jumlah orang yang mengklik iklan yang ditempatkan di halaman atau pada video.  

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!