Israel Sekali Lagi Menyerang Gaza Sejurus Menerima Pemerintahan Baru );

Type to search

Adamedia Isu Best

Israel Sekali Lagi Menyerang Gaza Sejurus Menerima Pemerintahan Baru

Share
Gaza

Sejurus selepas menerima pemerintahan baru, bumi Palestin sekali lagi dilaporkan diserang oleh tentera Israel awal pagi tadi.

Angkatan tentera udara Israel melancarkan serangan udara ke Gaza setelah militan di wilayah Palestin mengirim balon pembakar ke Israel.

Menurut laporan, kumpulan militan Hamas telah menghantar belon ke selatan Israel dari Gaza dalam letusan pertama permusuhan sejak perang udara 11 hari antara Israel dan Hamas bulan lalu.

Gaza

Serangan berkenaan telah disasarkan tepat pada markas tentera milik organisasi pengganas Hamas, yang digunakan sebagai kemudahan dan tempat pertemuan untuk operasi pengganas di Khan Yunis dan Brigade Hamas.

 

Laporan berita Palestin mengatakan bahawa serangan berkenaan telah mengakibatkan kerosakan harta benda dan penempatan penduduk di sana.

Walaubagaimanapun, setakat ini tiada sebarang laporan mengenai jumlah terkorban di Gaza.

Gaza

Perdana menteri baru Israel, Naftali Bennett, yang dilantik pada hari Ahad lalu telah mengambil sikap tegas terhadap peluncuran belon-belon berkenaan dan mengkritik pemerintah sebelumnya kerana tidak mengambil sebarang tindakan.

Penulis pohon jasa baik anda untuk sama-sama doakan keselamatan penduduk di Palestin.

Kalau bukan kita, siapa lagi nak doakan saudara Islam kita di sana kan?

 

Sumber: liputan6

Tags:

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!