Rakyat Itali Bebas Berjalan Tanpa Pelitup Muka Mulai 28 Jun Ini );

Type to search

Adamedia Infotainmen Pilihan Adamedia

Rakyat Itali Bebas Berjalan Tanpa Pelitup Muka Mulai 28 Jun Ini

Share

Merupakan antara negara terawal yang terkesan dengan jangkitan COVID-19, rakyat Itali kini boleh bertepuk tangan apabila tidak perlu lagi memakai pelitup atau penutup muka mulai Isnin depan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Roberto Speranza di laman Facebook peribadinya. Jelasnya, pengumuman itu merangkumi semua wilayah di Itali kecuali Lembah Aosta yang terletak di barat laut.

Perintah berkenaan hadir atas nasihat daripada panel penasihat ilmiah, Comitato Tecnico Scientifico (CTS) dari Itali.

topeng

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan bahawa orang ramai masih perlu memiliki pelitup muka untuk hadir pada sebarang acara yang melibatkan pertemuan ramai bagi mengelakkan risiko penyebaran virus.

Menjelang 28 Jun, pakar kesihatan meramalkan seluruh Itali akan diklasifikasikan sebagai zon ‘putih’, dengan hanya 21 kematian dan 495 kes baru dicatatkan di seluruh negara pada hari Isnin.

Berdasarkan rekod, Itali telah mencatatkan sebanyak 127,291 kematian sejak penularan wabak COVID-19 mula menimpa negara pada awal tahun 2020, dengan jumlah 4.25 juta kes jangkitan.

muka

Setakat ini, lebih daripada 46 juta dos vaksin telah diberikan di Itali dengan 30 peratus rakyat yang berusia lebih 12 tahun telah divaksinasi.

Ianya merangkumi seramai 16 juta daripada 60 juta penduduk di negara berkenaan. Tiada siapapun yang pernah menyangka bahawa perkara ini boleh berlaku.

muka

Itali yang suatu ketika pernah mengalami krisis COVID-19 terteruk di dunia, kini sudah pun diisytihar bebas daripada pemakaian penutup muka.

Nasihat penulis, sama-sama la kita patuh pada SOP dan mendaftar vaksin di aplikasi My Sejahtera. Kelak kita pun pasti boleh ikut jejak langkah sama seperti Itali, bebas sebebasnya daripada bahana COVID-19. InsyaAllah

 

Sumber: ndtv.com

 

Baca: Vaksin Atau Dipenjarakan? – Presiden Filipina Ugut Rakyatnya Yang Menolak Vaksin
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!