Jangan "ON" Aircond Dan Kipas Serentak Walau Macam Mana Panas Pun Keadaan Bilik Verst Adamedia );

Type to search

Adamedia Edutainment

Jangan “ON” Aircond Dan Kipas Serentak Walau Macam Mana Panas Pun Keadaan Bilik

Share

Keadaan semasa sekarang yang sudah mulai panas lebih-lebih lagi bila kita bakal memasuki bulan puasa kelak. Pasti ramai yang menghidupkan aircond dan kipas angin secara serentak kerana beranggapan dengan cara ini, udara sejuk lebih cepat.

Untuk pengetahuan semua, tindakan menghidupkan aircond dan kipas secara serentak adalah tindakan yang kurang betul. Pada mulanya hajat nak menyejukkan badan dengan lebih cepat tidak akan tercapai, sebaliknya hanya rasa ‘angin’ yang dapat.

Apabila anda menghidupkan kipas dan penghawa dingin secara serentak, suhu panas dan dingin akan bercampur dan ini bakal menyebabkan penapis penghawa dingin cepat tersumbat. Nak taknak anda perlu kerap mencuci penapis disebabkan tindakan anda itu.

Dan disebabkan jika tidak dicuci, penghawa dingin tidak akan sejuk dan memberikan kesan dingin di ruang dalam rumah anda. Hasilnya anda hanya akan rasa angin sahaja berbanding rasa dingin. Ini akan mendatangkan kerugian pula, dah la dua-dua pasang, sejuk tak dapat, bil pula tinggi.


Baca : Wanita Ini Kongsi Checklist Pindah Rumah Baru


Menerusi perkongsian Muhammad Noramin Mat, seorang HVAC/R Service Technician. Beliau menyediakan gambar rajah keadaan sebenar kitaran angin yang berlaku.

aircond dan kipas

Gambar 1 : Aliran Udara Sejuk Aircond Mengalir Sekata

aircond dan kipas
Gambar 2 : Aliran Udara Sejuk Aircond Bercampur Dengan Aliran Angin Kipas

Dapatkan Air Purifier Dengan Teknologi Jepun : https://shope.ee/7KH3X4kO2q

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!