Buat penggemar fesyen di luar sana, anda pastinya memiliki jenama pakaian yang dipercayai dan diminati sejak dahulu lagi kan?
Tidak kira la sama ada ianya jenama dari luar negara ataupun buatan Malaysia, masing-masing pasti mempunyai keunikan tersendiri yang menjadi identiti pada gaya fesyen anda.
Namun begitu, masyarakat hari ini dilihat mempunyai pemikiran yang agak skeptikal terhadap jenama tempatan, walhal ada diantaranya yang telah mula dipasarkan ke luar negara dan sememangnya diperakui oleh negara luar sebagai jenama yang berkualiti.
Untuk itu, Adamedia akan senaraikan top 5 jenama pakaian tempatan yang korang ke4na tahu dan dapatkan di pasaran.
Stoned & Co
Stoned & Co merupakan jenama pakaian ‘street wear’ diasaskan oleh tiga pereka grafik yang bertujuan mereka bentuk imej minimum dengan mesej yang berani.
Label ini memiliki pelbagai jenama produk daripada pakaian hingga alat tulis yang memaparkan logo daun maple Jepun.
Mula dilancarkan pada tahun 2012, sehingga hari ini jenama Stoned & Co telah dimiliki ramai artis terkenal Malaysia seperti Zizan Razak dan juga kumpulan hip-hop K-Clique.
Against Lab
AgainstLab merupakan jenama fesyen kontemporari yang diasaskan oleh artis grafiti Malaysia Cloakwork dan Shawn Tan.
Setiap reka bentuk yang dihasilkan berbeza dari dari koleksi yang sebelumnya dan kebanyakan daripadanya dihasilkan dengan gaya yang minimalis.
Buat korang yang sukakan gaya yang tidak terlampau berat dan menyerlah, boleh cuba lihat dan dapatkan jenama Against Lab di laman web rasmi mereka di sini
Baca Juga: Gadis Ini Kongsi Cara Hilangkan ‘Double Chin’ Dalam Masa 1 Bulan
OBSCR
OBSCR ialah jenama pakaian sukan dan kontemporari yang berkualiti tinggi. Kebanyakan barisan produk ini menampilkan penggunaan warna yang premium dan reka bentuk yang boleh digunakan sama ada di gim ataupun ‘street wear.’
Antara produk yang tersedia termasuklah pakaian t-shirt, kemeja-t dan juga aksesori unik seperti topi dan gesper.
Unit Nerd
Nerd Unit (No One Ever Really Dies) merupakan jenama Malaysia yang diasaskan di San Francisco, Amerika.
Jenama streetwear mempunyai reka bentuk corak pakaian berinspirasikan ketenteraan dan direka dengan fabrik reflektif 3M premium.
Pendek kata, memang berkualiti tinggi la jenama ni. barang malaysia setanding overseas ni gais!
Idleido
Korang sukakan gaya pakaian ala-ala Jepun? Idleido merupakan jenama pakaian berkonsepkan gaya Jepun yang boleh korang terokai.
Mendapat inspirasi daripada estetika serta falsafah Jepun, elemen yang dibawa jelas kelihatan melalui reka bentuk pada logonya.
Produk Idleido merangkumi pelbagai jenis pakaian termasuk seluar dalam, kemeja-T lengan panjang dan pakaian luar yang mesra untuk cuaca lembap.
Siapa kata jenama pakaian tempatan tak berkualiti? Cuba lihat dan sarung sendiri jenama-jenama pakaian di atas.
Memang tak rugi kalau cuba dapatkan sehelai. kalau jenama luar boleh beli harga beratus, apa salahnya sokong jenama tempatan kan?
Baca Juga: Jerawat Datang Lagi? Ini 5 Minuman Boleh Cuba Buat Di Rumah Untuk Hilangkannya